PETALING JAYA COMMUNITY LIBRARY      

PATRON ID
PASSWORD


Library Branch > Kota Damansara

PENGENALAN

Menyedari betapa pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya di Petaling Jaya, MBPJ dengan kerjasama PKNS telah berusaha mewujudkan sebuah perpustakaan di Kota Damansara. Perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan dan Pusat IT Kota Damansara ini telah meneydiakan pelbagai kemudahan bagi tujuan memupuk minat membaca dan celik IT di kalangan penduduk setempat khususnya di Kota Damansara. Penubuhan perpustakaan ini secara tidak langsung  telah menunjukkan keprihatian MBPJ terhadap perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Untuk memberi kemudahan perkhidmatan perpustakaan serta ruang yang selesa kepada penduduk yang tinggal di kawasan Kota Damansara.

  2. Untuk meningkatkan tahap gemar membaca di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan surirumah.

  3. Untuk mendedahkan kepada penduduk betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca dan meningkatkan tahap intelektual rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran “Multimedia Super Corridor”.

KOLEKSI BAHAN

Perpustakaan ini menggunakan kaedah penomboran Dewey Decimal Claasification (DDC) manakala bagi buku fiksyen  dan kanak-kanak disusun mengikut susuan abjad pengarang. Antara koleksi bahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan adalah seperti koleksi buku kanak-kanak, buku fiksyen, koleksi buku peperiksaan, akhbar harian serta koleksi buku rujukan.

SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan ini menggunakan sistem pengurusan perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai ILMU. Perpustakaan ini juga dilengkapi dengan sistem pintu keselamatan automatik bagi mengelakkan buku yang tidak dipinjam dibawa keluar/kecurian.

PUSAT IT

Sebagai permulaan kepada perkhidmatan internet di perpustakaan, perpustakaan telah memperuntukkan 14 unit komputer multimedia yang menggunakan kemudahan kad pintar. Ahli yang berminat untuk menggunakan kemudahan ini hanya perlu  membayar nilai kad pintar mengikut tempoh masa yang diinginkan (RM2.50/jam) dan mesti dipulangkan semula selepas selesai digunakan.

DEWAN BACAAN

Pihak perpustakaan juga telah menyediakan sebuah Dewan Bacaan yang luas dan selesa kepada pengguna perpustakaan. Dewan Bacaan ini mampu menampung kira-kira 100 pengguna dalam satu-satu masa. Selain itu, dewan bacaan ini juga akan dibuka kepada penduduk setempat pada waktu malam dan hari cuti bagi tujuan pembelajaran dan mengulangkaji pelajaran sahaja khususnya kepada anak-anak penduduk setempat.

YUARN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Yuran keahlian yang ditetapkan adalah sebanyak RM11.00 seorang bagi setiap indidvidu. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran tahuan sebanyak RM5.00 bagi memperbaharui keahlian setiap tahun.

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

HARI

MASA

Perpustakaan

Dewan Bacaan Terbuka

Isnin-Sabtu (minggu ke 2 dan 4)

9.30 pg – 6.00 ptg

6.30 ptg – 10.30 mlm

Ahad, Sabtu (minggu ke 1 dan 3 serta cuti umum)

Tutup

9.30 pg – 10.30 mlm

KUNJUNGI KAMI DI :

Perpustakaan Cawangan Kota Damansara
Blok Kantan 3, Jalan Nuri 7/4
Seksyen 7, Kota Damansara
48700 Sungai Buloh, Selangor.
Tel : 03-61575420