PETALING JAYA COMMUNITY LIBRARY      

PATRON ID
PASSWORD


General Information > Library Facilities

DEWAN ILMU

Sebuah dewan yang mampu memuatkan lebih kurang 300 orang. Dilengkapi dengan PA sistem, pentas serta penghawa dingin. Sesuai untuk sebarang program yang dijalankan dalam skala yang besar, walau bagaimanapun, hanya program yang berbentuk keilmuan dibenarkan untuk dewan ini.

Rental Information

BIL ITEMS CAPACITY RENTAL DURATION RENTAL RATE
1 ILMU Hall   6/8 hours per session RM300.00/Session

For more information or booking, please contact Puan Norlida/En Badrul at 03-7781 2775/90 ext 219

BILIK CERAMAH BUNGA KENANGA

Bilik Ceramah Bunga Kenanga terletak di Aras 3 Perpustakaan dan boleh menempatkan 70 orang pengguna. Selain berfungsi sebagai dewan ceramah, ia juga boleh digunakan sebagai bilik tayangan kerana ianya dilengkapi dengan LCD projector, layar putih serta PA sistem.

Rental Information

BIL ITEMS CAPACITY RENTAL DURATION RENTAL RATE
1 Bunga Kenanga Lecture Room 70 People 4 Hours per session RM200.00/Session

For more information or booking, please contact Puan Norlida/En Badrul at 03-7781 2775/90 ext 219

BILIK TAYANGAN MAWAR

Bilik Tayangan Mawar terletak di Aras 3 Perpustakaan. Ia mampu menempatkan 15 orang penonton pada satu-satu masa. Dilengkapi dengan set television dan pemain cakera padat.  Bilik ini boleh digunakan sebagai bilik tayangan mini atau pun bilik perbincangan.

Rental Information

BIL ITEMS CAPACITY RENTAL DURATION RENTAL RATE
1 Bunga Mawar Room 16 People Per Day RM50.00/Day

For more information or booking, please contact Puan Norlida/En Badrul at 03-7781 2775/90 ext 219

BILIK MESYUARAT CEMPAKA SARI

Bilik mesyuarat ini mampu menempatkan lebih kurang 15 orang pada satu-satu masa. Dilengkapi dengan white board, set televison serta berhawa dingin.

Rental Information

BIL ITEMS CAPACITY RENTAL DURATION RENTAL RATE
1 Cempaka Sari Meeting Room 15 People Per Day RM50.00/Day

For more information or booking, please contact Puan Norlida/En Badrul at 03-7781 2775/90 ext 219

BILIK BENGKEL

Terdapat 4 buah bilik bengkel di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. 2 bilik terletak di aras 2 dan 2 lagi di aras 3. Setiap bilik boleh memuatkan 50 orang, dilengkapi dengan penghawa dingin dan papan putih. Sesuai untuk kelas tuisyen dan juga bengkel.

WATER COOLER

Water cooler disediakan di setiap aras perpustakaan untuk kemudahan pengguna perpustakaan.

SURAU

Surau turut disediakan untuk keselesaan pengguna perpustakaan. Surau lelaki ditempatkan di Aras 1 manakala Surau Wanita ditempatkan di Aras 2.

KAFETERIA

Kafeteria terletak bersebelahan dengan bangunan Perpustakaan. Dibuka setiap hari (kecuali hari cuti) dari jam 9.00 pagi – 6.00 petang. Menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk sarapan, makan tengah hari dan juga minum petang. Makanan ringan turut dijual di sini.

SUDUT  BACAAN SELESA DAN MUZIK

Sudut-sudut ini terletak di Aras 1, 2 dan 3. Pengguna boleh membaca buku atau berehat di sofa-sofa yang disediakan sambil mendengar muzik menggunakan headphones yang boleh diperolehi dari Bilik Kawalan Multimedia di Aras 3.

PERMAINAN BOARD GAMES

Perpustakaan turut menyediakan pelbagai jenis board games untuk pengguna-penggunanya beriadah dan melepaskan masa di Perpustakaan. Antara permainan yang disediakan ialah dam, catur, snake and ladder, saidina, carrom, congkak, batu seremban dan sebagainya. Kesemua permainan ini boleh diperolehi dari Kaunter Sirkulasi di Aras G.

GALERI PERPUSTAKAAN

Terletak di Aras G bersebelahan dengan lobi Perpustakaan. Galeri ini sesuai digunakan sebagai ruang pameran untuk organisasi atau pun individu yang berminat.

3M SELFCHECK TERMINAL

Terminal pinjaman layan diri menggunakan kad pintar. Pengguna perpustakaan tidak perlu beratur panjang di Kaunter Sirkulasi untuk membuat pinjaman. Pinjaman boleh dilakukan sendiri dengan pantas oleh pengguna menggunakan mesin ini.