|
Perasmian Perpustakaan Cawangan Taman
Medan (PJS 4/27A)-
Untuk makluman, Perpustakaan Cawangan
Taman Medan (PJS 4/27A) akan dirasmikan pada 31hb Julai 2010, Sabtu
ini bermula seawal 9.30 pagi. Orang awam terutamanya penduduk
sekitar tersebut digalakkan hadir bagi memeriahkan majlis perasmian
tersebut. Antara acara-acara yang bakal diadakan adalah pentandingan
mewarna, sesi bercerita, aktiviti sand art, kuiz muzium/pameran dan
cabutan pengunjung bertuah.
Pembaharuan buku dan bahan AV melalui
talian telefon -
Waktu dan talian telefon bagi operasi
perkhidmatan Pembaharuan buku dan bahan AV atas talian untuk
makluman pengguna dan sila masuk ke laman ini untuk makluman lebih
lanjut.
(KLIK DI SINI)
Kadar Pinjaman/Tempoh Pemulangan Buku -
Kadar pinjaman dan tempoh pemulangan buku telah ditambah dan sila
masuk ke laman ini untuk makluman lebih lanjut.
(KLIK DI SINI)
Muzium Petaling
Jaya -
Untuk makluman, Muzium Petaling Jaya yang beralamat di Taman Jaya,
Jalan 10/7, Off Jalan Gasing, 46000, Petaling Jaya, Selangor kini
telah dibuka untuk kunjungan orang ramai. Datanglah beramai-ramai
menyaksikan sendiri bahan pameran yang terdapat di dalam Muzium
Petaling Jaya. Waktu operasi adalah pada setiap hari Sabtu hingga
Khamis (ditutup pada hari Jumaat dan Cuti Umum) bermula jam 9.00
pagi hingga 5.00 petang. Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh
disalurkan kepada En. Bonny Eddy / Pn. Noor Zaihan di laman
web Muzium (muziumpj.mbpj.gov.my)
Kata Laluan
untuk online access - Pengguna baru dan pengguna sedia ada yang
ingin menggunakan kemudahan secara online perlulah mendapatkan kata
laluan terlebih dahulu dari Kaunter Sirkulasi. Kata laluan ini akan
membolehkan anda membuat online renewal di samping membolehkan anda
menyemak maklumat peribadi, maklumat peminjaman yang lepas dan
sebagainya lagi.
Online WebOPAC - Sila
gunakan link WebOPAC di sebelah kiri anda untuk mencari bahan-bahan
yang terdapat di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. |