PETALING JAYA COMMUNITY LIBRARY      

PATRON ID
PASSWORD


General Information > SAHABAT Perpustakaan

PENGENALAN

Sahabat Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dilancarkan pada 8 Dis 2003 oleh yang Berbahagia Dato’ Hj Abdul Karim bin Munisar, Yang Dipertua MPPJ(sekarang MBPJ). Ilham untuk mewujudkan Sahabat Perpustakaan dicetuskan oleh beliau.

Sahabat Perpustakaan dianggotai oleh 15 orang Ahli Lembaga Penasihat dan dipengerusikan oleh Datuk Bandar MBPJ. Urusetia Sahabat adalah Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Ahli Lembaga ini terdiri daripada golongan professional dalam pelbagai bidang kerjaya dalam masyarakat. Mereka adalah individu yang dinamik, proaktif dan berwawasan yang boleh membantu menyumbang idea dan tenaga ke arah mencapai misi-misi Sahabat Perpustakaan yang telah ditetapkan.

TUJUAN

Sahabat Perpustakaan atau Friends of The Library telah lama wujud di perpustakaan-perpustakaan awam di negara-negara barat seperti Amerika dan Eropah. Ianya dianggotai oleh sukarelawan-sukarelawan dalam masyarakat dan bertujuan untuk membantu melaksanakan program dan aktiviti perpustakaan.

MBPJ merasakan bahawa Sahabat Perpustakaan bagi Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya perlu ditubuhkan memandangkan Petaling Jaya adalah salah satu daripada bandar yang maju dan mempunyai kadar literasi yang tinggi.

Sahabat Perpustakaan bertujuan untuk mengajak komuniti Petaling Jaya menjadikan tabiat membaca sebagai satu budaya untuk terus kekal maju dan menjadi masyarakat bermaklumat.

Ianya dapat memberi peluang kepada sukarelawan dalam masyarakat untuk turut sama menyumbang tenaga, idea, kepakaran dan kreativiti untuk faedah perpustakaan, pengguna dan masyarakat.

AKTIVITI SAHABAT PERPUSTAKAAN

Beberapa program dna aktiviti akan dirangka bagi memastikan Sahabat Perpustakaan dapat memberi sumbangan yang aktif dalam membantu melaksanakan aktiviti atau program yang dianjurkan oleh perpustakaan. Antara program-program yang telah dikenalpasti adalah melaksanakan proses total house keeping, program lawatan perpustakaan, membantu dalam jualan cenderahati, jualan buku dan majalah, bersama-sama untuk menceriakan kempen menambah keahlian perpustakaan ke sekolah-sekolah dan semasa Program Mesra Rakyat. Program dan aktiviti ini dapat memeperkenalkan perpustakaan kepada masyarakat Petaling Jaya khususnya.

YURAN KEAHLIAN

Permohonan keahlian untuk menjadi ahli Sahabat Perpustakaan adalah dibuka untuk ahli Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya yang berusia 15 tahun ke atas. Sebagai permulaan, keahlian sahabat adalah terhad kepada 50 ahli sahaja. Ini adalah untuk memastikan Sahabat Perpustakaan dapat bergerak aktif dan keahlian akan terus ditambah dari masa ke semasa. Yuran pendaftaran Saahbat Perpustakaan adalah sebanyak RM20.00 seumur hidup.

KEISTIMEWAAN

  • Antara keistimewaan Sahabat Perpustakaan adalah seperti berikut:
  • Dimaklumkan dari masa ke semasa mengenai aktiviti perpustakaan.
  • Keutamaan untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan. Jika aktiviti berbayar kadar diskaun 10% diberikan.
  • Tambahan nisbah pinjaman iaitu 4 buku dan 4 vcd.
  • Ahli akan diberikan sehelai t.shirt dan topi (selagi stok masih ada).