|
General
Information > Library Song
LIRIK LAGU RASMI PERPUSTAKAAN KOMUNITI
PETALING JAYA
MARI MEMBACA
LAGU DAN KOMPOSER : PAK NGAH
Yang di desa juga di kota
Kecil besar tua dan muda
Mari kita amalkan budaya baca
Menambah ilmu di dada
Jangan baca yang sembarangan
Nanti minda tidak berkembang
Amalkan membaca bahan yang berguna
Barulah hidup sempurna
Chorus:
Mari membaca
Mari membaca
Jadilah bangsa berilmu tinggi
Ibu dan bapa bangsa negara
Akan turut merasa bangga
Mari membaca
Mari membaca
Harumkan nama serata dunia
Bangsa berilmu
Negara maju
Bangsa pasti disanjung orang
Jika ada masa terluang
Baik isikan dengan membaca
Tak kira di mana tempat dan masanya
Bacalah bahan berguna
Masa kita tidak terbuang
Minda bercambah subur berkembang
Jadikan amalan budaya membaca
Pengisi masa terluang
Ulang Chorus 2 x
Klik
pada ikon untuk mendengar lagu
|