KELAB BUKU

Sebuah Jawatankuasa Protem telah dilantik oleh MPPJ. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Encik Soon Siew Hoong (kini Tan Sri),  seorang Ahli Majlis MPPJ ketika itu. Usaha-usaha ke arah mewujudkan sebuah perpustakaan menjadi keyataan apabila Kelab Buku Petaling Jaya dengan rasminya didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 13 Oktober 1987. Sebagai permulaan kepada usaha ini, Majlis bersetuju untuk menempatkan perpustakaan di tingkat 2 menara MPPJ yang terletak di bandar Petaling Jaya.

Matlamat awal penubuhannya ialah untuk menyediakan kemudahan tempat bacaan dan pinjaman buku di samping memupuk minat suka membaca di kalangan masyarakat Petaling Jaya khasnya dan Lembah Klang amnya.

 

 

TALIAN AM: 03-7781 2775/90 
FAKS: 03-7781 3729
Penafian: Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Copyright © 2022 PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA. 
Webadmin Login