Petaling Jaya Community Library


Tips

Search

Games

Emergency Guide

Links

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana mencegah kegemukan?

  1. Kurangkan makanan yang kaya dengan karbohidrat,minyak dan berkalori tinggi
  2. Banyak bersenam untuk membakar lemak dalam badan.

Apa yang patut dilakukan sekiranya anda alergi ubat.

  1. Segera jumpa doktor
  2. Bawa ubat-ubat bersama-sama
  3. Catatkan nama ubat

Bagaimana kita boleh tidur nyenyak?

  1. Jangan makan terlalu kenyang sebelum tidur kerana makanan dalam perut menekan organ-organ lain dalam bahagian abdomen kita. Ini menyebabkan kita sukar hendak lena
  2. Jangan tidur terlalu lewat
  3. Jangan menonton rancangan televisyen yang terlalu merangsang atau membaca buku cerita berunsur seram. Selain itu jangan lakukan aktiviti yang terlalu kuat sebelum masuk tidur
  4. Aliran udara dalam bilik tidur haruslah baik agar udara dalam bilik sentiasa segar. Selain itu , jangan tutup muka dengan selimut kerana ini akan menghakang penyedutan udara beroksigen tinggi

Tindakan wajar sekiranya berlaku kelengar matahari.

  1. Kita patut memindahkan pesakit kelengar matahari ke tempat yang teduh dan dingin.
  2. Semburkan air dan kipas atau letakkan ais pada kepala pesakit untuk menurunkan suhu badanya.

Langkah-langkah mencegah pencemaran udara.

  1. Mengurangkan pengeluaran bahan cemar dari kenderaan bermotor dengan memasang penapis-penapis yang dipasang pada ekzos kereta dapat menapis 90% daripada karbida dan nitrogen oksida dalam gas buangan.
  2. Gunakan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan bahan cemar.
  3. Mewajibkan kilang memasang penapis pada terobong asap.
  4. Mencipta alat-alat yang kurang membebaskan bahan cemar seperti kereta sel solar, penjana kuasa elektrik hidro, penjana kuasa elektrik angin dsbnya.
  5. Banyakan penanaman tumbuhan hijau untuk membersihkan udara melalui proses fotosintesis. Selain itu tumbuhan hijau berfungsi menyerap bunyi dan mengindahkan alam
  6. Kawasan perindustrian didirikan jauh dari kawasan perumahan.
  7. Kita patutu banyakkan penggunaan kenderaan awam seperti kereta api dan bas.

 

Berkhemah

  1. Barang-barang untuk dibawa
    Khemah, alat pertolongan cemas, perkakas memasak, beg tidur, lampu suluh dan berus serta ubat gigi adalah antara barang- barang yang penting untuk dibawa semasa berkhemah.

2.  Untuk memasak
Kertas timah pembalut makanan boleh digunakan sebagai alat untuk memasak dengan cara yang sungguh memudahkan anda. Hanya balut pisang, kentang atau jagung  dan campakkannya ke dalam api. Anda juga boleh memasak dalam Konbif ( corned beef), telur dan kacang panggang di dalam tin. Semua ini sedap dimakan dengan roti.

3.  Cara membawa pakaian
Masukkan pakaian ke dalam beg sampah yang baru sebelum meletakkannya di dalam beg sandar anda. Ini untuk mengelakkan pakaian anda daripada basah jika hujan. Anda juga digalakkan membawa jurnal berkhemah untuk mencatatkan  segala perkara menarik yang anda lakukan.

4.  Penting apabila berjalan dalam hutan
Jangan terlalu senyap apabila berjalan di dalam hutan . Ini untuk mengelakkan anda daripada terserempak dengan haiwan, terutamanya jenis berbahaya. Pastikan juga anda juga tidak menyentuh daun-daun atau makan buah yang anda tidak kenali kerana ia mungkin beracun.

5.  Jagalah kebersihan tempat anda berkhemah
Buangkan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Jika tiada tong sampah, bawa sampah bersama-sama anda dan buang di tempat yang sepatutnya. Ingatlah, sampah seperti timah, plastik dan kaca tidak boleh dibiodegradasikan serta mencemarkan bumi kita.

Kegunaan garam.

  1. Supaya kulit telur tidak pecah masukkan sedikit garam dan cuka kedalam air semasa merebus telur

  2. Hirisan peria digaul dengan garam tidak akan berasa pahit

  3. Ayam, daging dan ikan yang telah dibeku boleh diremdam di dalam air garam supaya dinyahbeku

  4. Rendamkan tauhu di dalam air garam supaya tahan lama

TIPS FOR BUYING SHOES:

  • Have both your feet measured. Your feet may have different sizes and you want the shoe to fit your largest foot. Your feet expand while bearing weight, so make sure you’re standing when they’re measured

  • Try on shoes after a workout or in the afternoon. Your feet tend to swell and will be at their largest size during these times.

  • Wear athletic sock similar to those tou wear during the sport.

  • Try on both shoes and check if they fit. Make sure your heel fits snugly in each shoes and doesn’t slip as you walk. Wiggle your toes. If you don’t have a half-inch between your longest toe and the end of the shoe-approximately the width of your thumb-try a larger size.

  • Test for comfort by walking or jogging a few steps. If the shoes don’t feel comfortable right away, try another pair. There should be no break-in period for a pair of athletic shoes.

  • Have your feet measured regularly. Your feet grow larger as you get older. So your shoes size may change over time.

TIPS FOR SUCCESS IN SCHOOL
  • Eat good breakfast every morning

  • Wake-up early enough to get up time

  • Be sure, you sets a good nightly sleep

  • Prepare all the things the night before, icluding clothes ,socks,shoes,beg and homework.

  • Eat healty food like healthy snacks, low in sugar, fresh fruits and vegetables.

  • Children should ask question, don’t be afraid to ask question,that is how we learn.

  • A stress free child is a happy child, a happy child will do better in school

  • Children shoulds start reviewing notes at least three days before a test. Don’t wait until the night before or worse, the day of the test to study for it.

  • Children should write down the assigment carefully,have a number of a few classmates in case you forget to write it down.

  • Reading often and regularly

  • Don’t cheat, don’t be lazy, do your projects and homeworks ahead of time, study and learn, you will  be proud of yourself.

  • During test, read all the direction, follow directions, read the questions carefully and double check your answers if you have time after you have done.

 

© 2004 Petaling Jaya Community Library