Facilities

DEWAN ILMU

Sebuah dewan yang mampu memuatkan lebih kurang 300 orang. Dilengkapi dengan PA sistem, pentas serta penghawa dingin. Sesuai untuk sebarang program yang dijalankan dalam skala yang besar, walau bagaimanapun, hanya program yang berbentuk keilmuan dibenarkan untuk dewan ini.

 

Sewaan

BIL

ITEM

KAPASITI

WAKTU SEWAAN

HARGA

1

Dewan ILMU 

 300 orang

6/8 jam

RM800.00/sesi

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Norjah/En Badrul di talian 03-7781 2775/90 ext 219

 

BILIK CERAMAH BUNGA KENANGA

Bilik Ceramah Bunga Kenanga terletak di Aras 3 Perpustakaan dan boleh menempatkan 70 orang pengguna. Selain berfungsi sebagai dewan ceramah, ia juga boleh digunakan sebagai bilik tayangan kerana ianya dilengkapi dengan LCD projector, layar putih serta PA sistem.

 

Sewaan

BIL

ITEM

KAPASITI

WAKTU SEWAAN

HARGA

1

Bunga Kenanga 

 70 orang

4 jam

RM200.00/sesi

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Norjah/En Badrul di talian 03-7781 2775/90 ext 219

 

 

WATER COOLER

Water cooler disediakan di setiap aras perpustakaan untuk kemudahan pengguna perpustakaan.

 

SURAU

Surau turut disediakan untuk keselesaan pengguna perpustakaan. Surau lelaki ditempatkan di Aras 1 manakala Surau Wanita ditempatkan di Aras 2.

 

KAFETERIA

Kafeteria terletak bersebelahan dengan bangunan Perpustakaan. Dibuka setiap hari (kecuali hari cuti) dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk sarapan, makan tengah hari dan juga minum petang. Makanan ringan turut dijual di sini.

 

SUDUT  BACAAN SELESA DAN MUZIK

Sudut-sudut ini terletak di Aras 1, 2 dan 3. Pengguna boleh membaca buku atau berehat di sofa-sofa yang disediakan.

 

PERMAINAN BOARD GAMES

Perpustakaan turut menyediakan pelbagai jenis board games untuk pengguna-penggunanya beriadah dan melepaskan masa di Perpustakaan. Antara permainan yang disediakan ialah dam, catur, snake and ladder, saidina, carrom, congkak, batu seremban dan sebagainya. Kesemua permainan ini boleh diperolehi dari Kaunter Sirkulasi di Aras G.

 

 GALERI PERPUSTAKAAN

Terletak di Aras G bersebelahan dengan lobi Perpustakaan. Galeri ini sesuai digunakan sebagai ruang pameran untuk organisasi atau pun individu yang berminat.

 

RFID SELFCHECK TERMINAL

Terminal pinjaman layan diri menggunakan My Kad / My Kid. Pengguna perpustakaan tidak perlu beratur panjang di Kaunter Sirkulasi untuk membuat pinjaman. Pinjaman boleh dilakukan sendiri dengan pantas oleh pengguna menggunakan mesin ini.