Kemudahan

DEWAN ILMU

Untuk kegunaan majlis-majlis atau program berbentuk keilmuan. Dewan ini juga boleh disewa oleh disewa oleh organisasi luaryang berminat, ia boleh memuatkan seramai 200 orang.

Sewaan

BIL

LOKASI

KAPASITI

WAKTU SEWAAN

HARGA

1

Dewan ILMU 

 200 orang

6/8 jam

RM800.00/sesi

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Badrul di talian 03-7781 2775/90 

BILIK CERAMAH BUNGA KENANGA

lengkap dengan peralatan multimedia. Bilik ini boleh memuatkan seramai 50 orang juga boleh disewa oleh organisasi luar yang berminat.

Sewaan

BIL

ITEM

KAPASITI

WAKTU SEWAAN

HARGA

1

Bunga Kenanga 

 50 orang

4 jam

RM200.00/sesi

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Badrul di talian 03-7781 2775/90 

ALAT PENAPIS AIR

Alat penapis air disediakan di aras G dan 3 perpustakaan untuk kemudahan pengguna perpustakaan.

SURAU

Surau lelaki adalah terletak di Tingkat 1 manakala surau perempuan di Tingkat 2.

SUDUT  BACAAN SELESA DAN MUZIK

Sudut-sudut ini terletak di Aras 1, 2 dan 3. Pengguna boleh membaca buku atau berehat di sofa-sofa yang disediakan.

PERMAINAN 'BOARD GAMES'

Perpustakaan turut menyediakan pelbagai jenis 'board games' untuk pengguna. Antara permainan yang disediakan ialah dam, catur, 'snake and ladder', saidina, 'carrom', congkak, batu seremban dan sebagainya. Kesemua permainan ini boleh diperolehi dari Kaunter Sirkulasi di Aras G.

TERMINAL PINJAMAN LAYAR DIRI (SELFCHECK)

Terminal pinjaman layan diri menggunakan My Kad / My Kid. Pengguna perpustakaan tidak perlu beratur panjang di Kaunter Sirkulasi untuk membuat pinjaman. Pinjaman boleh dilakukan sendiri dengan pantas oleh pengguna menggunakan mesin ini.

TERMINAL PEMULANGAN BUKU (BOOKDROP)

Terminal pemulangan buku secara layan diri. Pengguna perpustakaan tidak perlu beratur panjang di Kaunter Sirkulasi untuk membuat pemulangan buku. Pemulangan boleh dilakukan sendiri dengan pantas oleh pengguna menggunakan mesin ini.

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BAYAN BESTARI

Ruangan khas untuk kanak-kanak berumur 3 bulan sehingga 6 tahun (ahli biasa) dengan kadar bayaran sebanyak RM5.00/ sesi yang menempatkan koleksi, ruang aktiviti, ruang permainan dalam suasana yang menarik dan ceria. Bayan Bestari menyediakan pelbagai bahan pengajaran yang interaktif yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Selain itu, disediakan juga alat permainan yang bersesuaian bagi menarik minat kanak-kanak agar tidak mudah merasa jemu. kanak-kanak perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga sepanjang berada di ruangan ini.