Soalan Lazim

  1. DIMANA TERLETAKNYA PERPUSTAKAAN?
    Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya terletak di Old Town Petaling Jaya (berhampiran hospital Assunta). Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk ke laman info. 
     
  2. BAGAIMANA CARA UNTUK MENJADI AHLI PERPUSTAKAAN?
    Untuk menjadi ahli perpustakaan, pengguna perlu mengisi borang pendaftaran dan membuat bayaran sebanyak RM 31.00 (ahli biasa), RM 300.00 (ahli seumur hidup) dan RM 15.00 (warga emas/OKU)
     
  3. BERAPA BANYAK BAHAN BOLEH DIPINJAM?
    Pengguna boleh meminjam maksimum 6 buah buku dan 4 bahan AV pada satu masa.
     
  4. BERAPA LAMA TEMPOH UNTUK PEMINJAMAN BUKU YANG DIPERLUKAN?
    Tempoh pinjaman semua buku dan bahan AV adalah selama 3 minggu. Sekiranya peminjam ingin memperbaharui pinjaman dalam tempoh 3 minggu lagi, boleh dibuat melalui internet dan melalui telefon pastikan buku tersebut belum ditempah orang lain. Pembaharuan pinjaman melalui telefon beroperasi pada waktu bekerja sahaja dan pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap peminjaman
     
  5. APA YANG AKAN BERLAKU JIKA BUKU TIDAK DIPULANGKAN PADA MASA YANG DITETAPKAN?
    Denda akan dikenakan pada ahli yang lewat mengembalikan buku/bahan pinjaman.Denda yang akan dikenakan adalah seperti berikut:
    • RM0.20 sehari.
    • Keahlian akan disekat apabila ahli mempunyai baki denda.
    Sila rujuk General Info untuk maklumat lanjut. 
     
  6. BAGAIMANAKAH CARA SAYA MENGETAHUI BUKU YANG SAYA PERLUKAN ADA DI DALAM PERPUSTAKAAN?
    Pengguna boleh menggunakan pencarian bahan Atas Talian (OPAC). Terminal tersebut berada di aras 1, 2 dan 3 dimana buku, video, cd, vcd, dvd dan segala bahan ada di PKPJ.Pengguna juga boleh melayari laman web PKPJ.
     
  7. PENEMPAHAN/TEMPAHAN BUKU
    Sekiranya buku yang hendak dipinjam telah dipinjam oleh pengguna lain buku tersebut boleh ditempah. Setiap tempahan buku yang telah ada akan diberitahu dan akan disimpan selama 7 hari untuk dituntut. 
     
  8. DIMANAKAH BOLEH SAYA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN AUDIO VISUAL?
    Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan Audio Visual dengan selesa di kawasan atau tempat yang telah disediakan. Karel-karel bagi mendengar Audio dan tontonan video secara berasingan juga disediakan di aras 3
     
  9. BOLEHKAH SAYA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INTERNET?
    Perkhidmatan internet boleh didapati di aras 3 (Sudut Multimedia) untuk dewasa dan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh menggunakan perkhidmatan tersebut di aras satu (Pusat Laluan Siber). Untuk makluman internet boleh di akses bagi tujuan pencarian bahan ilmiah sahaja. Caj yang minima dikenakan iaitu sebanyak RM 2.40 sejam.
     
  10. ADAKAH DISEDIAKAN PERKHIDMATAN FOTOKOPI?
    Perkhidmatan fotokopi ada disediakan secara layan diri. Pengguna boleh mendapatkan kad fotokopi dengan membelinya di perpustakaan (PKPJ). 
     
  11. ADAKAH PERPUSTAKAAN INI TERBUKA KEPADA PENGGUNA LUAR DARIPADA PETALING JAYA?
    Ya, keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia, dan juga bukan warganegara yang telah bermastautin di Malaysia.