Maklumat PKPJ

PENGENALAN

 

Menyedari akan perlunya sebuah perpustakaan untuk bandar Petaling Jaya, satu persetujuan telah dicapai oleh Majlis Perbandaran Petaling  Jaya (MPPJ) pada ketika itu untuk menubuhkan Kelab Buku Petaling Jaya pada 28 Febuari 1987.

 

KELAB BUKU PETALING JAYA

 

Sebuah Jawatankuasa Protem telah dilantik oleh MPPJ. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Encik Soon Siew Hoong (kini Tan Sri),  seorang Ahli Majlis MPPJ ketika itu. Usaha-usaha ke arah mewujudkan sebuah perpustakaan menjadi keyataan apabila Kelab Buku Petaling Jaya dengan rasminya didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 13 Oktober 1987. Sebagai permulaan kepada usaha ini, Majlis bersetuju untuk menempatkan perpustakaan di tingkat 2 menara MPPJ yang terletak di bandar Petaling Jaya.

 

Matlamat awal penubuhannya ialah untuk menyediakan kemudahan tempat bacaan dan pinjaman buku di smaping memupuk minat suka membaca di kalangan masyarakat Petaling Jaya khasnya dan Lembah Klang amnya.

 

PERPUSTAKAAN MPPJ

 

Memandangkan pentingnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah perpustakaan maka pada 1 April 1993, MPPJ dengan rasminya mengambil alih Kelab Buku Petaling Jaya. Ia kemuadian dikenali dengan nama Perpustakaan MPPJ. Pengambilalihan ini menunjukkan keprihatinan MPPJ terhad perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.

 

MPPJ juga memikirkan perpustakaan yang terletak di Menara MPPJ dirasakan sempit untuk menampung jumlah kealhlian yang melebihi 25,000 ahli berdaftar. Jumlah koleksi buku dan bahan-bahan peprustakaan telah bertambah dari setahun ke setahun.

 

Pada Disember 1995, bangunan dewan serbaguna yang terletak di Jalan Selangor terpaksa memberi laluan kepada pembinaaan perpustakaan empat tingkat yang berharga RM12 juta. Projek ini memakan masa lebih kurang 4 1/2  tahun untuk disiapkan. Kelewatan ini adalah disebabkan masalah-masalah teknikal yang tidak dapt dielakkan.

 

Pada bulan Disember 1999, Peprustakaan MPPJ telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Selangor, Petaling Jaya. Kini, perpustakaan MPPJ dikenali sebagai Peprustakaan Komuniti Petaling Jaya (PKPJ).

 

Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya memulakan operasinya di bangunan baharunya pada 4 April 2000 dan bangunan perpustakaan telah dirasmikan oleh YAB. Dato'Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Menteri Besra Selangor (ketika itu) pada 14 Mac 2002 bersamaan 29 Zulhijah 1422H.

 

CIRI UNGGUL KESELURUHAN BANGUNAN BERSIFAT MESRA PENGGUNA

 

Kemudahan untuk golongan istimewa diambil kira. Dari luar menuju ke pintu utama, kemudana laluan ramp disediakan manakala di dalam bangunan, 2 buah lif disedikan untuk kemudahan pengguna. Persekitaran bangunan dihiasi lanskap untuk kemudahan pengguna. Manakala suasana dalaman memberi tumpuan kepada keselesaan keluarga dan individu beriadah minda. sudut-sudut muzik di setiap aras bangunan adalah bertujuan memeberi alternatif kepada pengguna yang suka membaca sambil menikmati muzik pilihan.