Paparan Kandungan Web

PENGENALAN

 

Menyedari betapa pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya di Petaling Jaya, MBPJ dengan kerjasama PKNS telah berusaha mewujudkan sebuah perpustakaan di Kota Damansara. Perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan dan Pusat IT Kota Damansara ini telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi tujuan memupuk minat membaca dan celik IT di kalangan penduduk setempat khususnya di Kota Damansara. Penubuhan perpustakaan ini secara tidak langsung  telah menunjukkan keprihatian MBPJ terhadap perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Untuk memberi kemudahan perkhidmatan perpustakaan serta ruang yang selesa kepada penduduk yang tinggal di kawasan Kota Damansara.
  2. Untuk meningkatkan tahap gemar membaca di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan suri rumah.
  3. Untuk mendedahkan kepada penduduk betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca dan meningkatkan tahap intelektual rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran Multimedia Super Corridor.  

KOLEKSI BAHAN

 

Perpustakaan ini menggunakan kaedah penomboran Dewey Decimal Classification(DDC) manakala bagi buku fiksyen dan kanak-kanak disusun mengikut susunan abjad pengarang. Antara koleksi bahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan adalah seperti koleksi buku kanak-kanak, buku fiksyen, koleksi buku peperiksaan, akhbar harian, majalah serta koleksi buku rujukan. 

 

SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

 

Perpustakaan ini menggunakan sistem pengurusan perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai ILMU. ILMU menyediakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) bagi tujuan pencarian bahan dalam perpustakaan. Sistem ILMU ini mempunyai rangkaian hubungan terus dengan sistem ILMU di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Ini bermakna buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan ini boleh dipulangkan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan kad ahli ini juga boleh digunakan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan begitu juga sebaliknya. Selain itu perpustakaan ini juga dilengkapi dengan sistem pintu  keselamatan automatik bagi mengelakkan buku yang tidak dipinjam dibawa keluar/kecurian.

 

RUANG SIBER

 

Sebagai permulaan kepada perkhidmatan internet di perpustakaan, perpustakaan telah memperuntukkan 10 unit komputer. Ahli yang berminat untuk menggunakan kemudahan ini hanya perlu membayar RM1.50/jam.

 

YURAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

 

Yuran keahlian yang ditetapkan adalah sebanyak RM11.00 seorang bagi setiap indidvidu. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran tahuan sebanyak RM5.00 bagi membaharui keahliannya setiap tahun.

 

WAKTU PERKHIDMATAN

 

HARI

MASA

Isnin - Jumaat

Sabtu (Minggu Kedua, Keempat Dan Kelima)

9.00 am - 4.45 pm

Sabtu (Minggu Pertama dan Ketiga) &

Ahad serta Cuti Umum

TUTUP

 

 

 

 

KUNJUNGI KAMI DI :

Perpustakaan Komuniti Cawangan Kota Damansara
Majlis Bandaraya  Petaling Jaya

Dewan Serbaguna Seksyen 7,
Jalan Nuri 7/1, Seksyen 7, Kota Damansara,
48710 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-61575420