Membership

Keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

 

Keahlian perpustakaan terbuka kepada semua pemastautin Lembah Kelang, khasnya komuniti Petaling Jaya yang berusia 4 tahun ke atas. Keahlian adalah berbentuk perseorangan. Tarikh keahlian adalah berdasarkan kiraan secara tahunan. Setiap individu hanya layak mendaftar sekali sahaja sebagai ahli. Jenis keahlian adalah seperti berikut:

 

Jenis Keahlian Pendaftaran Baru Pembaharuan Ahli
Ahli Biasa RM31.00 RM15.00
Ahli Seumur Hidup RM300.00 Tiada
Warga Emas / Orang Kelainan Upaya (OKU) RM15.00 RM10.00

 

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

 

Warganegara Malaysia

  • Keutamaan adalah bagi penduduk Lembah Klang dan Selangor.
  • Pengesahan alamat tempat tinggal tetap melalui bil-bil elektrik / air / cukai taksiran.
  • Perlu menunjykkan akuan bukti sama ada surat beranak / Mykid (bawah 12 tahun) atau kad pengenalan bagi orang dewasa. 

Warganegara Asing

  •  Menujukkan akuan bukti identiti diri iaitu pasport asal.
  • Menyertakan salinan pasport dan salinan kad pengenalan penjamin seorang warganegara Malaysia (penduduk Lembah Klang / Selangor).
  • Pengesahan alamat tempat tinggal tetap melalui bil-bil elektrik / air / cukai taksiran.