PEMBAHARUAN PINJAMAN MELALUI TELEFON

 

Tidak dapat hadir ke perpustakaan? Perbaharui pinjaman buku atau bahan av anda melalui telefon.
Hubungi kami di talian 03 - 7781 0411.

Syarat-syarat :

  1. Bahan yang ingin diperbaharui tempoh pinjaman mestilah belum melepasi tarikh pulang(due date) yang ditetapkan.
  2. Pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap peminjaman sama ada melalui telefon atau secara online .
  3. Waktu untuk pembaharuan melalui telefon adalah seperti berikut:
    Isnin - Khamis (10.00 pagi - 1.00 tgh hari & 2.00 petang - 5.00 petang)
    Jumaat (10.00 pagi - 12.00 tgh hari & 2.45 petang - 5.00 petang)
    Sabtu, Ahad dan cuti umum tutup.
  4. Sila berikan No.Kad dan No.akses bagi setiap bahan yang ingin diperbaharui pinjamannya.
  5. Sila dapatkan nama pegawai yang mengambil pembaharuan bahan tersebut dan dapatkan juga Tarikh Baru Pemulangan.
  6. Adalah diingatkan bahawa buku-buku yang telah ditempah oleh ahli yang lain tidak boleh diperbaharui tarikh pemulangan.

PEMBAHARUAN PINJAMAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

  1. Login Ilmu ke laman web perpustakaan PKPJ.
  2. Sila buka "ON LOAN ITEMS" dibawah menu "Komponen Ilmu".
  3. Pilih bahan untuk direnew dan klik butang "RENEW". Hanya bahan/kad ahli perpustakaan yang belum tamat tempoh pinjaman sahaja boleh diperbaharui.
  4. Tempoh keahlian yang kurang dari 3 minggu tidak boleh membuat pembaharuan bahan perpustakaan.
  5. Sila pastikan transaksi berjaya dan rekodkan tarikh pemulangan bahan yang baru.

 

 

 

TALIAN AM: 03-7781 2775/90 
FAKS: 03-7781 3729
Penafian: Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Copyright © 2022 PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA. 
Webadmin Login