Perkhidmatan

Perkhidmatan Tempahan Buku

Ahli boleh membuat tempahan buku tetapi mestilah memenuhi syarat- syarat seperti dinyatakan di bawah: Buku yang hendak ditempah mestilah berstatus sedan dalam pinjaman (circulated) ahli lain. Sekiranya buku tersebut dalam sistem berstatus ada (available) di perpustakaan maka buku tersebut tidak boleh ditempah, ahli dikehendaki mendapatkan buku tersebut di rak perpustakaan.

Pihak perpustakaan tidak dapat memberi jaminan buku yang telah ditempah ole ahli akan diperolehi mengikut tarikh yang tertera semasa membuat tempahan. Setiap tempahan buku yang telah ada hanya akan disimpan selama seminggu untuk dituntut oleh ahli yang menempah.

Perkhidmatan Rujukan

Bersedia membantu pengguna melalui proses perkhidmatan rujukan dan maklumat. Antara perkhidmatan yang boleh diperolehi adalah: Perkhidmatan rujukan Koleksi rujukan Arkib MBPJ (koleksi terhad) Koleksi Kertas Seminar dan Bengkel

Perkhidmatan Perpustakaan Bayan Bestari

Ruangan khas untuk kanak-kanak berumur 3 bulan sehingga 6 tahun (ahli sahaja) dengan kadar bayaran sebanyak RM5.00/sesi yang menempatkan koleksi, rang aktiviti, rang permainan dalam suasana yang menarik dan ceria. Bayan Bestari menyediakan pelbagai bahan pengajaran yang interaktif yang bersesuaian dengan kanak-kanak Selain itu, disediakan juga pelbagai alat permainan yang bersesuaian bag menarik minat kanak-kanak agar tidak mudah merasa jemu. Kanak-kanak perlu ditemani ole ibu bapa atau penjaga sepanjang berada di ruangan ini.

Perkhidmatan Dewan Tayangan dan Sudut Tayangan

Ahli boleh menggunakan kemudahan dewan dan sudut tayangan dengan selesa di rung khas yang telah disediakan di aras 3. Bagi tontonan secara individu/bersendirian, pelbagai koleksi filem dalam dan luar negara disediakan mengikut jadual tayangan setiap minggu yang boleh ditonton di karel- karel yang disediakan. Manakala tontonan secara berkumpulan pula boleh menggunakan perkhidmatan Dewan Tayangan yang disediakan dan perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Sistem Pencarian Bahan Atas Talian (OPAC)

Sistem pengurusan perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai ILMU telah diguna pakai di perpustakaan ini sejak mula mendiami bangunan baru ini. ILMU adalah kesinambungan daripada SISPUKOM yang digunakan oleh perpustakaan in sejak tahun 1993. ILMU menyediakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) untuk tujuan pencarian bahan dalam perpustakaan dan lokasi bahan berkenaan. Di samping itu, perpustakaan telah menyediakan WebOpac ILMU kepada ahli-ahli yang ingin mengakses koleksi perpustakaan melalui internet.

PUSAT LALUAN SIBER

Sebanyak 15 unit komputer telah disediakan di Pusat Laluan Siber yang terletak di aras 1 perpustakaan bagi tujuan akses kepada internet atau bag menjalankan kelas-kelas berkaitan komputer.

Rumah Buku

Bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat setempat, perpustakaan mengambil inisiatif dengan mewujudkan 2 buah rumah buku yang ditempatkan di Taman Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan Taman Aman, Petaling Jaya. la diletakkan secara terbuka dan boleh diakses secara percuma oleh orang awam. Buku-buku tersebut adalah percuma dan pengguna dibenarkan membawa balik.

Kios Ilmu Taman Jaya

Perkhidmatan in disediakan khusus untuk pengunjung Taman Jaya, di mana terdapat 3 buah kios yang diletakkan di bawah satu bumbung dengan rang bacaan yang selesa untuk kegunaan pengunjung. Pelbagai kategori buku disediakan dan boleh dibaca secara percuma serta dibawa balik. Waktu perkhidmatan kios ini adalah dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang sahaja. Pengguna dibenarkan membaca, meminjam dan menyumbang bahan bacaan yang bersesuaian untuk dimanfaatkan bersama.

 

 

 

TALIAN AM: 03-7781 2775/90 
FAKS: 03-7781 3729
Penafian: Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Copyright © 2022 PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA. 
Webadmin Login