Koleksi

KOLEKSI BUKU PINJAMAN

Koleksi pinjaman diletakkan berasingan mengikut kategori dewasa dan kanak-kanak. Ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu buku fiksyen dan buku buka fiksyen. Buku-buku fiksyen disusun mengikut susunan abjad pengarang dan diasingkan mengikut pengkelasan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Buku bukan fiksyen pula disusun mengikut nombor pengkelasan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC). Koleksi pinjaman boleh didapati di Perpustakaan kanak-kanak, Aras Satu dan Aras Dua.  

KOLEKSI BUKU RUJUKAN

PKPJ mempunyai koleksi rujukan dalam pelbagai bidang perkara. Koleksi yang terdapat di sini adalah :

  1. Koleksi Ensiklopedia dan kamus
  2. Koleksi Malaysiana
  3. Rujukan Am/Pentadbiran dan pengurusan
  4. Koleksi Ulangkaji peperiksaan untuk calon-calon UPSR, PMR, SPM dan STPM
  5. Koleksi Kertas Seminar dan Bengkel
  6. Koleksi Perdana Menteri 

KOLEKSI MULTIMEDIA

Tergolong di bawah kategori ini adalah bahan-bahan seperti kaset audio, kit, pita video, cakera padat, video CD dan CD ROM dalam pelbagai tajuk perkara seperti pengurusan, pendidikan, motivasi, kuliah agama, dokumentari, alam sekitar, muzik, filem, drama dan sebagainya.

 

KOLEKSI AKHBAR HARIAN DAN MAJALAH

Perpustakaan melanggani 10 jenis akhbar harian untuk pembacaan ahli. Perkhidmatan keratan akhbar bagi topik-topik terpilih (isu semasa) juga disediakan.Terdapat lebih 150 judul majalah dalam dan luar negara. Majalah-majalah ini merangkumi judul-judul majalah kesukaan ramai. Manakala untuk tujuan rujukan, majalah-majalah 'back issue' dijilid dan diletakkan di Koleksi Majalah Rujukan, Aras 2.

GAMBARAN KESELURUHAN LOKASI KOLEKSI MENGIKUT LEVEL

LEVELKOLEKSI
GROUND LEVELPerpustakaan Kanak-Kanak Bayan Budiman
LEVEL 1Koleksi DDC 001-599
Koleksi Fiksyen Bahasa Melayu dan Inggeris
LEVEL 2Koleksi DDC 600-999
Koleksi Majalah
Koleksi Rujukan bagi rujukan untuk UPSR, PMR, SPM, STPM,Majalah Rujukan, Ensiklopedia dan Koleksi Malaysiana
LEVEL 3Koleksi Rujukan DDC 001-999
Koleksi Surat Khabar
Koleksi Multimedia
Kertas Seminar