Perkhidmatan Fotokopi disediakan untuk kegunaan ahli.Ahli boleh menggunakan perkhidmatan fotokopi secara layan diri pada harga berpatutan.
SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN ILMU
Sistem pengurusan perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai ILMU telah diperkenalkan. ILMU adalah kesinambungan kepada SISPUKOM yang digunakan oleh perpustakaan ini sejak tahun 1993. ILMU menyediakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) untuk tujuan pencarian bahan dalam perpustakaan dan lokasi berkenaan. Di samping itu juga perpustkaan telah mewujudkan WebOpac ILMU kepada ahli-ahli yang ingin mengakses koleksi perpustakaan melalui internet.
PERKHIDMATAN MULTIMEDIA
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan ini di Unit Digital dan Multimedia. Sebanyak 10 buah komputer disediakan untuk kegunaan ahli. Pengguna boleh menggunakan komputer untuk perkhidmatan internet dan untuk memproses data menggunakan Microsoft Office. Sebanyak 15 buah komputer lagi terdapat di Bilik Laluan Siber di tingkat 1.
PINJAMAN
Setiap ahli boleh meminjam 4 buah buku dan 2 unit bahan multimedia dalam tempoh 3 minggu (boleh diperbaharui melalui telefon) Perkhidmatan tempahan buku juga diberi kepada ahli. Setiap tempahan buku akan disimpan selama seminggu untuk dituntut oleh ahli yang menempah.
Pinjaman antara perpustakaan juga disediakan untuk kemudahan ahli. Kos penghantaran perlu ditanggung oleh peminjam sendiri dan ia tertakluk kepada polisi sesebuah perpustakaan.
PERKHIDMATAN RUJUKAN
Bersedia membantu pengguna melalui proses perkhidmatan rujukan dan maklumat. Antara perkhidmatan yang boleh diperolehi adalah:
Perkhidmatan Rujukan
Koleksi Rujukan Arkib MBPJ (koleksi terhad)
Koleksi Kertas Seminar dan Bengkel
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK
Ahli kanak-kanak disediakan ruang khusus yang menempatkan koleksi, ruang aktiviti, ruang permainan dalam suasana yang menarik dan ceria. Konsep bermain sambil membaca tidak menjemukan kanak-kanak dan dapat mendekatkan mereka dengan buku. Untuk menggalakkan kanak-kanak menggunakan kemudahan perpustakaan, pelbagai program dan aktiviti bakal disediakan pada hujung minggu seperti sesi bercerita, tayangan video, kraftangan, bengkel seni, muzik dan lain-lain.
PERKHIDMATAN AUDIO VISUAL
Ahli boleh menggunakan kemudahan dan bahan audio visual dengan selesa di ruang khas yang telah disediakan. Untuk memenuhi setiap citarasa ahli perpustakaan, Sudut Muzik selesa diperkenalkan di Aras 1, 2 dan 3. Manakala karel-karel untuk pendengaran audio dan tontonan video secara bersendirian juga disediakan.