FAEDAH MELAKSANAKAN 5S
- Tempat kerja menjadi lebih bersih dan teratur.
- Tempat kerja menjadi lebih selamat.
- Pencapaian yang boleh dilihat secara tidak langsung yang mengalakan penjanaan idea yang lebih banyak dan kreatif.
- Mengurangkan masa pencarian.
- Aliran operasi kerja yang cekap.
- Sebarang masalah dapat dikesan semasa proses pengeluaran.
- Mengurangkan kecacatan pada produk atau perkhidmatan.
- Kaedah-kaedah dan standard yang jelas.
- Mengurangkan masa memproses inventori.
- Memaksimakan penggunaan kawasan.
- Mengurangkan rungutan pelanggan.
KUNCI KEYAJAAN 5S
Perkara paling penting bagi memastikan 5S mencapai kejayaan, adalah komitmen, kerjasama dan penglibatan menyeluruh daripada semua pihak terutama sokongan daripada pengurusan tertinggi. Secara am, sistem 5S perlu dijalankan secara sistematik seperti berikut:
- Mengadakan lawatan ke organisasi-organisasi yang menjadi model 5S untuk penambahbaikan yang berterusan.
- Melatih semua peringkat staf untuk mengamalkan 5S.
- Mengadakan kempen 5S.
- Merangka pendekatan yang sistematik dengan menggunakan kitaran P-D-C-A (Rancang - Laksana - Periksa - Tindakan).
- Mengamalkan Penilaian Prestasi dan Sistem Ganjaran.
PELAKSANAAN 5S ( P-D-C-A)
Bagi memulakan 5S, pelaksanaan langkah demi langkah setiap tahap perlulah dikenal pasti secara menyeluruh mengikut kitaran P-D-C-A dan pendekatan 5W1H (What, Where, When, Who, Why, How Much) seperti berikut:
RANCANGAN (PLAN)
PERSEDIAAN:
- Memberi pendidikan dan latihan kepada semua.
- Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan 5S.
- Memulakan Zon 5S.
- Menentukan objektif, matlamat dan fasa pelaksanaan.
- Merancang pelan tindakan 5S dan acara perasmian.
LAKSANA (DO)
- SISIH
- Mengenal pasti apa yang diperlukan.
2. SUSUN
- Mengenal pasti apa dan cara penyusunan.
3. SAPU
- Mengenal pasti punca kekotoran.
- Mengenal pasti penyebab masalah.
- Bertindak menyingkirkan punca kekotoran dan penyebab masalah.
4. SERAGAM
- Siapa yang bertanggunjawab?
- Apa tindakan yang perlu diambil bagi memastikan keadaan yang ingin dipelihara?
- Bila tindakan perlu diambil?
- Di mana perlu dilaksanakan?
- Apa prosedur yang perlu diikuti?
5. SENTIASA AMAL
- Semua staf perlu memahami, mengikut dan mengamalkan peraturan dan prosedur.
- Usaha yang berterusan bagi memastikan keadaan yang diingini berkekalan.
PERIKSA (CHECK)
PENILAIAN
- Menjalankan / melaksanakan Audit Dalaman 5S.
- Penandaarasan sesama bahagian dan dengan organisasi lain.
- Memastikan langkah 5S yang mantap diikuti sepenuhnya.
TINDAKAN (ACTION)
PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN
- Menjadikan 5S sebagai satu budaya.
- Membandingkan pencapainan sebenar yang dirancang.
- Memberikan ganjaran dan pengiktirafan atas penglibatan staf.
- Pendaftaran persijilan 5S.
- Mengambil bahagian dalam Pertandingan Kebangsaan 5S.
- Membuat semakan Kitaran P-D-C-A.
Bagi memastikan pelaksanaan 5S berjaya, setiap fasa perlulah dilaksanakan seperti yang telah dirancang dalam Pelan Pelaknaan 5S.