PENGENALAN

Menyedari betapa pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya di Petaling Jaya, MBPJ dengan kerjasama PKNS telah berusaha mewujudkan sebuah perpustakaan di Kota Damansara. Perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan dan Pusat IT Kota Damansara ini telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi tujuan memupuk minat membaca dan celik IT di kalangan penduduk setempat khususnya di Kota Damansara. Penubuhan perpustakaan ini secara tidak langsung  telah menunjukkan keprihatian MBPJ terhadap perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Untuk memberi kemudahan perkhidmatan perpustakaan serta ruang yang selesa kepada penduduk yang tinggal di kawasan Kota Damansara.
  2. Untuk meningkatkan tahap gemar membaca di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan suri rumah.
  3. Untuk mendedahkan kepada penduduk betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca dan meningkatkan tahap intelektual rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran Multimedia Super Corridor.  

KOLEKSI BAHAN

Perpustakaan ini menggunakan kaedah penomboran Dewey Decimal Classification(DDC) manakala bagi buku fiksyen dan kanak-kanak disusun mengikut susunan abjad pengarang. Antara koleksi bahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan adalah seperti koleksi buku kanak-kanak, buku fiksyen, koleksi buku peperiksaan, akhbar harian, majalah serta koleksi buku rujukan. 

SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan ini menggunakan sistem pengurusan perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai ILMU. ILMU menyediakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) bagi tujuan pencarian bahan dalam perpustakaan. Sistem ILMU ini mempunyai rangkaian hubungan terus dengan sistem ILMU di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Ini bermakna buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan ini boleh dipulangkan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan kad ahli ini juga boleh digunakan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan begitu juga sebaliknya. Selain itu perpustakaan ini juga dilengkapi dengan sistem pintu  keselamatan automatik bagi mengelakkan buku yang tidak dipinjam dibawa keluar/kecurian.

PUSAT IT

Sebagai permulaan kepada perkhidmatan internet di perpustakaan, perpustakaan telah memperuntukkan 10 unit komputer. Ahli yang berminat untuk menggunakan kemudahan ini hanya perlu membayar RM1.50/jam.

DEWAN BACAAN

Pihak perpustakaan juga telah menyediakan sebuah Dewan Bacaan yang luas dan selesa kepada pengguna perpustakaan. Dewan Bacaan ini mampu menampung kira-kira 100 pengguna dalam satu-satu masa. Selain itu Dewan Bacaan ini juga akan dibuka kepada penduduk setempat pada waktu malam dan hari cuti bagi tujuan pembelanjaran dan mengulangkaji pelajaran sahaja khususnya kepada anak-anak penduduk setempat.

YURAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Yuran keahlian yang ditetapkan adalah sebanyak RM11.00 seorang bagi setiap indidvidu. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran tahuan sebanyak RM5.00 bagi membaharui keahliannya setiap tahun.

 

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

HARI

MASA

PerpustakaanDewan Bacaan
Terbuka

Isnin - Sabtu
(minggu ke 2, 4 & 5)

9.30 pagi - 5.00 petang

9.30 pagi - 10.30 malam

Sabtu & Ahad
(minggu ke 1 dan 3 serta cuti umum)

Tutup

9.30 pagi - 10.30 malam

 

WAKTU PERKHIDMATAN PUSAT IT

HARI

MASA

Selasa - Sabtu
(minggu ke 2, 4 & 5)

10.00 pagi - 4.45 petang

Isnin & Ahad
(minggu ke 1 dan 3 serta cuti umum)

Tutup

 

KUNJUNGI KAMI DI :

Perpustakaan dan Pusat IT Kota Damansara
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Blok Kantan 3, Jalan Nuri 7/4,
Seksyen 7, Kota Damansara,
48710 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-61575420