Peraturan Perpustakaan
 

PERATURAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

  1. Hanya ahli Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya sahaja dibenarkan menggunakan kemudahan Perpustakaan. Bagi pengguna bukan ahli hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja di dalam perpustakaan, tetapi mestilah mendapatkan pas pelawat terlebih dahulu daripada pegawai yang bertugas.
  2. Tidak dibenarkan makan dan minum (termasuk mengunyah gula-gula getah), menggunakan telefon mudah alih atau pager di dalam ruang bacaan perpustakaan. Sebarang perbuatan mencuri bekalan elektrik untuk mengcaj telefon bimbit, bateri komputer bimbit atau lain-lain peralatan elektrik adalah ditakrifkan satu PERBUATAN YANG SALAH.
  3. Tidak dibenarkan membuat bising semasa berada di dalam perpustakaan. Telefon mudah alih, pager dan sebarang yang berkaitan dengannya, hendaklah dimatikan sebelum pengguna memasuki bangunan perpustakaan.
  4. Tidak dibenarkan merokok di kawasan Perpustakaan.
  5. Ahli perpustakaan dikehendaki berpakaian kemas ketika berada di dalam bangunan perpustakaan. Bagi ahli yang berusia melebihi 12 tahun, mereka tidak dibenarkan berpakaian seperti berikut:  
  • Semua jenis baju tanpa lengan
  • Singlet
  • Gaun mini/ seluar pendek (semua jenis skirt/ seluar pendek yang berukuran dua inci atas lutut
  • Pakaian yang mempunyai tulisan atau gambar lucah serta mendedahkan bahagian tubuh tertentu dan jarang (kecuali pemakaian saree)
  • Selipar "Jepun" atau terompah kayu (tidak termasuk sandal bertali)
  • Seluar ketat atau skirt berbelah tinggi serta apa sahaja pakaian yang menjolok mata
  • Lelaki berambut panjang kecuali berikat kemas/ bertopi. 
  1. Tidak dibenarkan menempah tempat duduk didalam perpustakaan.
  2. Buku-buku perpustakaan tidak boleh dibawa keluar kecuali setelah melalui proses peminjaman melalui Kaunter SIRKULASI di Aras Bawah.
  3. Semua buku dan barang-barang persendirian hendaklah ditunjukkan kepada pegawai yang bertugas semasa hendak keluar dari perpustakaan atau bila-bila masa yang diarahkan berbuat demikian.
  4. Tidak dibenarkan membuat sebarang kerjatangan/ handikraf di meja pembaca.
  5. Tidak dibenarkan menconteng, menggunting dan merosakkan buku, akhbar, dan majalah milik perpustakaan.
  6. Tidak dibenarkan merosakan harta perpustakaan.
  7. Semua jenis alat-alat tajam, beg, case atau bungkusan yang melebihi ukuran 20cm x 15cm x 6cm (saiz-A4) tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam perpustakaan.
  8. Sebarang perbuatan perbincangan berkumpulan, 'perang mulut diantara ahli', mesyuarat serta berdua-duaan yang mengganggu / mengalih pandangan tumpuan ahli lain adalah dilarang diadakan di perpustakaan. Pihak pengurusan  berhak meminta anda meninggalkan perpustakaan tanpa keterangan daripada pihak anda.
  9. Kad ahli hendaklah sentiasa dipamerkan apabila memasuki perpustakaan atau ditunjukkan kepada pengawal/ kakitangan perpustakaan apabila diminta berbuat demikian. KAD AHLI TIDAK DIBENARKAN DIPINDAH MILIK.
  10. KEHILANGAN KAD AHLI perpustakaan hendaklah dilaporkan dengan kadar yang segera kepada petugas kaunter SIRKULASI di aras bawah.
  11. Semua ahli diingatkan supaya memulangkan atau memperbaharui buku/bahan Perpustakaan SEBELUM atau pada tarikh luput. Surat peringatan akan dihantar semua kos adalah ditanggung oleh ahli tersebut (denda lewat/ kehilangan buku).
  12. Sebarang jenayah terlarang akan diambil tndakan. Semua kes yang melibatkan kecurian digantung selama tempoh tertentu dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan perpustakaan. Langkah yang akan diambil adalah:                                                                                                                                                          Jika anda adalah seorang pelajar atau individu yang  bekerja:
  • Laporan dihantar ke pihak Sekolah/Organisasi
  • Laporan akan dihantar ke keluarga anda (Rumah) dan;
  • Perpustakaan telah diarahkan untuk membuat laporan Polis.
  • Denda akan dikenakan, kemudahan perpustakaan dan keahlian akan digantung atau tidak dibenarkan menjadi ahli lagi jika didapati mengulangi melanggar peraturan perpustakaan.
  1.  Kakitangan Perpustakaan dan Pengawal Keselamatan berhak untuk:
  • Meminta ahli keluar dari perpustakaan jika didapati tidak berpakaian kemas atau menimbulkan sebarang kekacauan;
  • Mengubah/ mengambil sebarang buku, fail beg, makanan atau apa-apa sahaja barang persendirian yang ditinggalkan di atas meja.
  1. Semua ahli Perpustakaan dibenarkan membawa masuk dan menggunakan komputer bimbit di dalam Perpustakaan dengan syarat yang tertentu yang telah ditetapkan.

                                                                                                                                  


                                                                                                                                      
 

Chief Librarian
O.b. The Mayor
PETALING JAYA CITY COUNCIL