LIRIK LAGU RASMI PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA MARI MEMBACA LAGU DAN KOMPOSER : PAK NGAH Yang di desa juga di kota Kecil besar tua dan muda Mari kita amalkan budaya baca Menambah ilmu di dada Jangan baca yang sembarangan Nanti minda tidak berkembang Amalkan membaca bahan yang berguna Barulah hidup sempurna Chorus: Mari membaca Mari membaca Jadilah bangsa berilmu tinggi Ibu dan bapa bangsa negara Akan turut merasa bangga Mari membaca Mari membaca Harumkan nama serata dunia Bangsa berilmu Negara maju Bangsa pasti disanjung orang Jika ada masa terluang Baik isikan dengan membaca Tak kira di mana tempat dan masanya Bacalah bahan berguna Masa kita tidak terbuang Minda bercambah subur berkembang Jadikan amalan budaya membaca Pengisi masa terluang Ulang Chorus 2x |