PERPUSTAKAAN MPPJ

Memandangkan pentingnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah perpustakaan maka pada 1 April 1993, MPPJ dengan rasminya mengambil alih Kelab Buku Petaling Jaya. Ia kemudian dikenali dengan nama Perpustakaan MPPJ. Pengambilalihan ini menunjukkan keprihatinan MPPJ terhad perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.

MPPJ juga memikirkan perpustakaan yang terletak di Menara MPPJ dirasakan sempit untuk menampung jumlah kealhlian yang melebihi 25,000 ahli berdaftar. Jumlah koleksi buku dan bahan-bahan perpustakaan telah bertambah dari setahun ke setahun.

Pada Disember 1995, bangunan dewan serbaguna yang terletak di Jalan Selangor terpaksa memberi laluan kepada pembinaaan perpustakaan empat tingkat yang berharga RM12 juta. Projek ini memakan masa lebih kurang 4 1/2  tahun untuk disiapkan. Kelewatan ini adalah disebabkan masalah-masalah teknikal yang tidak dapt dielakkan.

Pada bulan Disember 1999, Perpustakaan MPPJ telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Selangor, Petaling Jaya. Kini, perpustakaan MPPJ dikenali sebagai Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya (PKPJ).

Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya memulakan operasinya di bangunan baharunya pada 4 April 2000 dan bangunan perpustakaan telah dirasmikan oleh YAB. Dato'Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Menteri Besar Selangor (ketika itu) pada 14 Mac 2002 bersamaan 29 Zulhijah 1422H.

 

 

TALIAN AM: 03-7781 2775/90 
FAKS: 03-7781 3729
Penafian: Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Copyright © 2022 PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA. 
Webadmin Login