PEMBAHARUAN PINJAMAN MELALUI TELEFON
Tidak dapat hadir ke perpustakaan? Perbaharui pinjaman buku atau bahan av anda melalui telefon. Hubungi kami di talian 03 - 7781 0411.
Syarat-syarat :
1. Bahan yang ingin diperbaharui tempoh pinjaman mestilah belum melepasi tarikh pulang(due date) yang ditetapkan.
2. Pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap peminjaman sama ada melalui telefon atau secara online .
3. Waktu untuk pembaharuan melalui telefon adalah seperti berikut :
- Isnin - Khamis (10.00 pagi - 1.00 tgh hari & 2.00 petang - 5.00 petang)
- Jumaat (10.00 pagi - 12.00 tgh hari & 2.45 petang - 5.00 petang)
4. Sila berikan No.Kad dan No.akses bagi setiap bahan yang ingin diperbaharui pinjamannya.
5. Sila dapatkan nama pegawai yang mengambil pembaharuan bahan tersebut dan dapatkan juga Tarikh Baru Pemulangan.
6. Adalah diingatkan bahawa buku-buku yang telah ditempah oleh ahli yang lain tidak boleh diperbaharui tarikh pemulangan.