PENGENALAN Menyedari betapa pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya di Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mewujudkan sebuah perpustakaan cawangan di kawasan Taman Medan. Perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan Komuniti Cawangan Taman Medan (PJS4/27A) ini menyediakan pelbagai kemudahan bagi tujuan memupuk minat suka membaca di kalangan penduduk setempat khususnya di Taman Medan. Penubuhan perpustakaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan keprihatian MBPJ terhadap perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini. OBJEKTIF PENUBUHAN - Untuk memberi kemudahan perkhidmatan perpustakaan serta ruang yang selesa kepada penduduk Taman Medan.
- Untuk meningkatkan tahap gemar membaca di kalangan kanak-kanak,remaja dan golongan suri rumah.
- Untuk mendedahkan kepada penduduk betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca dan meningkatkan tahap intelektual rakyat Malaysia.
KOLEKSI BAHAN Perpustakaan ini menggunakan kaedah penomboran Dewey Decimal Classification (DDC) manakala bagi buku fiksyen dan kanak-kanak disusun mengikut susunan abjad pengarang. Antara koleksi bahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan adalah seperti koleksi buku kanak-kanak, buku fiksyen, koleksi buku perperiksaan, akhbar harian, majalah serta koleksi buku rujukan. SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN (S-LIB) Perpustakaan ini menggunakan sistem pengurusan perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai S-LIB. S-LIB menyediakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) bagi tujuan pencarian bahan dalam perpustakaan. YURAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN Yuran keahlian yang ditetapkan adalah sebanyak RM 11.00 seorang bagi setiap individu. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran tahunan sebanyak RM 5.00 bagi membaharui keahliannya setiap tahun. WAKTU PERKHIDMATAN HARI | MASA | Isnin - Jumaat | 9.30 pagi - 5.00 petang | Sabtu & Ahad serta cuti umum | Tutup |
KUNJUNGI KAMI Perpustakaan Komuniti Cawangan Taman Medan (PJS 4/27A) Majlis Bandaraya Petaling Jaya Taman Lindungan Jaya 46000 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-77811484 |