“Memperkasa Budaya Ilmu Melalui Akses Maklumat Tanpa Sempadan.”

“Cari koleksi perpustakaan kami untuk buku, jurnal, dan sumber-sumber lain.”

Sejarah Perpustakaan

Pada 1 April 1993, MPPJ dengan rasminya mengambil alih Kelab Buku Petaling Jaya. Ia kemudian dikenali dengan nama Perpustakaan MPPJ. Pengambilalihan ini menunjukkan keprihatinan MPPJ terhad perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.

MPPJ juga memikirkan perpustakaan yang terletak di Menara MPPJ dirasakan sempit untuk menampung jumlah kealhlian yang melebihi 25,000 ahli berdaftar. Jumlah koleksi buku dan bahan-bahan perpustakaan telah bertambah dari setahun ke setahun.

Pada Disember 1995, bangunan dewan serbaguna yang terletak di Jalan Selangor terpaksa memberi laluan kepada pembinaaan perpustakaan empat tingkat yang berharga RM12 juta. Projek ini memakan masa lebih kurang 4 1/2  tahun untuk disiapkan. Kelewatan ini adalah disebabkan masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Pada bulan Disember 1999, Perpustakaan MPPJ telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Selangor, Petaling Jaya. 

Koleksi Terkini

Be The Artist

Thomas Evans

The Joy of Basketball

Ben Detrick & Andrew Kuo

It Never Ends

Tom Scharpling

Robyn Octopus & Friends

Claire Gelder

Fiber For Life

Dr Khosro Ezaz-Nikpay

Coach to Coach

Martin Rooney

“Menjadi perpustakaan pintar berteraskan teknologi digital yang memudahkan akses ilmu tanpa sempadan.”

"Akses Ilmu Tanpa Sempadan”

Menyediakan perkhidmatan dalam talian untuk memudahkan akses kepada sumber-sumber digital, menjadikan ia lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

AHLI PERPUSTAKAAN
+ 0 k
Koleksi Buku
+ 0
PINJAMAN BUKU
+ 0
Pengumuman

Gale Ebooks

Gale Ebooks menyediakan platform digital yang menawarkan akses kepada buku rujukan bukan fiksyen, ensiklopedia, serta bahan akademik berkualiti tinggi bagi tujuan penyelidikan dan pembelajaran. Kemudahan ini disediakan secara percuma dengan menggunakan kata laluan mbpj@pkpj. (Sila klik disini)

Selanjutnya »

Daftar Masuk Laman Web Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Pengguna baru dan pengguna sedia ada yang ingin menggunakan kemudahan secara dalam talian perlulah mendapatkan kata laluan di Kaunter Sirkulasi. Kata laluan ini membolehkan anda mengakses perkhidmatan dalam talian di samping membolehkan anda menyemak maklumat peribadi, maklumat pinjaman buku dan lain-lain kemudahan.

Selanjutnya »

eReader Android BOOX

Anda boleh menikmati kemudahan eReader Android BOOX di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Perpustakaan Komuniti Cawangan Bandar Utama dan Perpustakaan Komuniti Cawangan Kota Damansara. Anda berpeluang membaca lebih daripada 20,000 eBuku, komik, majalah & audio dalam pelbagai bahasa secara percuma. 

Selanjutnya »

3D-AR Four Season Tree@live | 3D-AR Wall@live Panel

Terokai Wall a live 3D-AR Interaktif di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Sebuah aplikasi teknologi realiti yang membolehkan pengguna melihat model 3D hidup melalui peranti tablet atau telefon pintar dengan aplikasi digital untuk mencipta pengalaman visual yang interaktif.

Selanjutnya »