“Cari koleksi perpustakaan kami untuk buku, jurnal, dan sumber-sumber lain.”
Pada 1 April 1993, MPPJ dengan rasminya mengambil alih Kelab Buku Petaling Jaya. Ia kemudian dikenali dengan nama Perpustakaan MPPJ. Pengambilalihan ini menunjukkan keprihatinan MPPJ terhad perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.
MPPJ juga memikirkan perpustakaan yang terletak di Menara MPPJ dirasakan sempit untuk menampung jumlah kealhlian yang melebihi 25,000 ahli berdaftar. Jumlah koleksi buku dan bahan-bahan perpustakaan telah bertambah dari setahun ke setahun.
Pada Disember 1995, bangunan dewan serbaguna yang terletak di Jalan Selangor terpaksa memberi laluan kepada pembinaaan perpustakaan empat tingkat yang berharga RM12 juta. Projek ini memakan masa lebih kurang 4 1/2 tahun untuk disiapkan. Kelewatan ini adalah disebabkan masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Pada bulan Disember 1999, Perpustakaan MPPJ telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Selangor, Petaling Jaya.
“Menjadi perpustakaan pintar berteraskan teknologi digital yang memudahkan akses ilmu tanpa sempadan.”
"Akses Ilmu Tanpa Sempadan”
Menyediakan perkhidmatan dalam talian untuk memudahkan akses kepada sumber-sumber digital, menjadikan ia lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.


Makluman Penutupan Sementara Bayan Bestari
Penutupan sementara Perpustakaan Bayan Bestari bagi kerja-kerja menaiktaraf ruang dan dinding berkuatkuasa pada 26 November 2025 sehingga selesai.

eReader Android BOOX
eReader Android BOOX Anda boleh menikmati kemudahan terbaharu eReader Android BOOX di Perpustakaan Komuniti Cawangan Bandar Utama, MBPJ. Anda berpeluang membaca lebih daripada 20,000 eBuku, komik, majalah & audio dalam pelbagai bahasa secara PERCUMA. eReader Android Daily Newsletter Get all the top stories from Blogs to keep track. Enter your e-mail Subscribe

eReader Kindle Malaysia
eReader Kindle Malaysia Anda boleh menikmati kemudahan terbaharu eReader Kindle Malaysia di Perpustakaan Komuniti Cawangan Bandar Utama, MBPJ. eReader Kindle Daily Newsletter Get all the top stories from Blogs to keep track. Enter your e-mail Subscribe

3D-AR Four Season Tree@live | 3D-AR Wall@live Panel
Terokai Wall a live 3D-AR Interaktif di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Buku digital GALE. Katalaluan: mbpj@pkpj (Sila klik di sini)





