“Memperkasa Budaya Ilmu Melalui Akses Maklumat Tanpa Sempadan.”

Perpustakaan Cawangan

Pengenalan

Menyedari betapa pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya di Petaling Jaya, MBPJ telah berusaha mewujudkan sebuah perpustakaan di Kota Damansara. Perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan Komuniti Cawangan Kota Damansara ini menyediakan pelbagai kemudahan bagi tujuan memupuk minat membaca dan celik IT di kalangan penduduk setempat khususnya di Kota Damansara. Penubuhan perpustakaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan keprihatinan MBPJ terhadap perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.


Objektif Penubuhan
  • Memberi kemudahan perkhidmatan perpustakaan serta ruang yang selesa kepada penduduk di kawasan Kota Damansara.
  • Meningkatkan tahap gemar membaca di kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa.
  • Mendedahkan penduduk tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan memupuk budaya membaca.

Koleksi Bahan

Perpustakaan ini menggunakan kaedah Dewey Decimal Classification (DDC) manakala buku fiksyen dan kanak-kanak disusun mengikut abjad pengarang. Antara koleksi bahan yang disediakan termasuk buku kanak-kanak, buku fiksyen, buku peperiksaan, akhbar harian, majalah dan buku rujukan.


Ruang Siber

Perpustakaan telah menyediakan 7 unit komputer. Ahli yang  menggunakan kemudahan ini perlu membayar RM1.50/jam.


Yuran Keahlian Perpustakaan

Yuran keahlian sebanyak RM11.00 seorang. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran tahunan RM5.00 bagi membaharui keahlian setiap tahun.


Waktu Perkhidmatan
HARIMASA
Isnin - Jumaat9.00 pagi - 4.45 petang
Sabtu (Minggu kedua, keempat dan kelima)9.00 pagi - 4.45 petang
Sabtu (Minggu pertama dan ketiga)Tutup
Ahad dan cuti umumTutup

Kunjungi Kami

Perpustakaan Komuniti Cawangan Kota Damansara

Dewan Serbaguna Seksyen 7,

Jalan Nuri 7, Seksyen 7, Kota Damansara,
48710 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-61575420

Pengenalan

Menyedari betapa pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya di Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mewujudkan sebuah perpustakaan cawangan di kawasan Taman Medan. Perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan Komuniti Cawangan Taman Medan (PJS4/27A) ini menyediakan pelbagai kemudahan bagi memupuk minat suka membaca di kalangan penduduk setempat khususnya di Taman Medan. Penubuhan perpustakaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan keprihatinan MBPJ terhadap perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.


Objektif Penubuhan
  • Memberi kemudahan perkhidmatan perpustakaan serta ruang yang selesa kepada penduduk Taman Medan.
  • Meningkatkan tahap gemar membaca di kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa.
  • Mendedahkan kepada penduduk betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca dan meningkatkan tahap intelektual rakyat Malaysia.

Sistem Pengurusan Perpustakaan

Perpustakaan ini menggunakan sistem pengurusan perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai WILMU. WILMU menyediakan katalog umum atas talian (OPAC) bagi tujuan pencarian bahan dalam perpustakaan. Sistem WILMU ini mempunyai rangkaian hubungan terus dengan sistem WILMU di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Ini bermakna buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan ini boleh dipulangkan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan kad ahli ini juga boleh digunakan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan begitu juga sebaliknya.


Koleksi Bahan

Perpustakaan ini menggunakan kaedah penomboran Dewey Decimal Classification (DDC) manakala bagi buku fiksyen dan kanak-kanak disusun mengikut susunan abjad pengarang. Antara koleksi bahan yang disediakan adalah seperti koleksi buku kanak-kanak, buku fiksyen, koleksi buku peperiksaan, akhbar harian, majalah serta koleksi buku rujukan.


Yuran Keahlian Perpustakaan

Yuran keahlian yang ditetapkan adalah sebanyak RM11.00 seorang bagi setiap individu. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran tahunan sebanyak RM5.00 bagi membaharui keahliannya setiap tahun.


Waktu Perkhidmatan
HARIMASA
Isnin - Jumaat9.00 pagi - 4.45 petang
Sabtu (Minggu pertama dan ketiga)9.00 pagi - 4.45 petang
Sabtu (Minggu kedua, keempat dan kelima)Tutup
Ahad dan cuti umumTutup

Kunjungi Kami

Perpustakaan Komuniti Cawangan Taman Medan (PJS4/27A)
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Taman Lindungan Jaya
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-77811484

Pengenalan

Menyedari betapa pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya di Petaling Jaya, MBPJ telah berusaha mewujudkan sebuah perpustakaan di Bandar Utama. Perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan Komuniti Cawangan Bandar Utama ini menyediakan pelbagai kemudahan bagi tujuan memupuk minat membaca dan celik IT di kalangan penduduk setempat khususnya di Bandar Utama. Penubuhan perpustakaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan keprihatinan MBPJ terhadap perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.


Objektif Penubuhan
  • Memberi kemudahan perkhidmatan perpustakaan serta ruang yang selesa kepada penduduk di kawasan Bandar Utama.
  • Meningkatkan tahap gemar membaca di kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa.
  • Mendedahkan penduduk tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan memupuk budaya membaca.

Koleksi Bahan

Perpustakaan ini menggunakan kaedah Dewey Decimal Classification (DDC) manakala buku fiksyen dan kanak-kanak disusun mengikut abjad pengarang. Antara koleksi bahan yang disediakan termasuk buku kanak-kanak, buku fiksyen, buku peperiksaan, akhbar harian, majalah dan buku rujukan.


Ruang Siber

Perpustakaan telah menyediakan 4 unit komputer. Ahli yang  menggunakan kemudahan ini perlu membayar RM1.50/jam.


Yuran Keahlian Perpustakaan

Yuran keahlian sebanyak RM11.00 seorang. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran tahunan RM5.00 bagi membaharui keahlian setiap tahun.

Waktu Perkhidmatan

HariMasa
Isnin - Jumaat9.00 pagi - 4.45 petang
Sabtu (Minggu kedua, keempat dan kelima)9.00 pagi - 4.45 petang
Sabtu (Minggu pertama dan ketiga)Tutup
Ahad & cuti umumTutup

Perkhidmatan
  • Koleksi Kanak-Kanak
  • Koleksi Umum
  • Majalah Dan Surat Khabar
  • Ruang Bacaan Selesa
  • Sudut Multimedia
  • Ley Park Corner
  • Book Cafe
  • Wifi Percuma

Kunjungi Kami (Visit Us)

Bandar Utama Community Centre, Jalan BU 6/2,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya

Edit Template