“Memperkasa Budaya Ilmu Melalui Akses Maklumat Tanpa Sempadan.”

Keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Keahlian perpustakaan terbuka kepada semua penduduk, khasnya komuniti Petaling Jaya, seawal bayi dan ke atas. Keahlian adalah berbentuk perseorangan. Tarikh keahlian adalah berdasarkan kiraan secara tahunan. Setiap individu hanya layak mendaftar sekali sahaja sebagai ahli. Jenis keahlian adalah seperti berikut:

Jenis Keahlian & Yuran
Jenis KeahlianPendaftaran BaharuPembaharuan
💳 Ahli biasaRM31.00RM15.00
🏅 Ahli seumur hidupRM300.00Tidak perlu
👴 Warga emas/OKURM15.00RM10.00

Harga keahlian baharu berkuat kuasa mulai 1 April 2025

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

Warganegara Malaysia

Perlu menunjukkan akuan bukti sama ada sijil kelahiran/Mykid (bawah 12 tahun) atau kad pengenalan bagi orang dewasa. 

Warganegara Asing

  • Menunjukkan akuan bukti identiti diri iaitu pasport asal.
  • Menyertakan salinan pasport dan salinan kad pengenalan penjamin seorang warganegara Malaysia.
  • Pengesahan alamat tempat tinggal tetap melalui bil elektrik/air/cukai taksiran.