“Memperkasa Budaya Ilmu Melalui Akses Maklumat Tanpa Sempadan.”

Koleksi Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Koleksi Buku Pinjaman

Koleksi pinjaman diletakkan berasingan mengikut kategori dewasa dan kanak-kanak. Ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu buku fiksyen dan buku bukan fiksyen. Buku-buku fiksyen disusun mengikut susunan abjad pengarang dan diasingkan mengikut pengkelasan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Buku bukan fiksyen pula disusun mengikut nombor pengkelasan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC). Koleksi pinjaman boleh didapati di Perpustakaan Bayan Budiman, Aras Satu dan Aras Dua.

Koleksi Buku Rujukan

Perpustakaan mempunyai koleksi rujukan dalam pelbagai bidang perkara. Koleksi yang terdapat di sini adalah :

Koleksi Multimedia

Bahan koleksi multimedia adalah seperti cakera padat, VCD, DVD dan blueray dalam pelbagai tajuk perkara seperti pendidikan, motivasi, kuliah agama, dokumentari, alam sekitar, muzik dan sebagainya.

Koleksi Akhbar dan Majalah

Perpustakaan melanggani 13 jenis akhbar harian untuk pembacaan ahli. Perkhidmatan keratan akhbar bagi topik-topik terpilih (isu semasa) juga disediakan di aras 3. Terdapat lebih 17 judul majalah dalam dan luar negara. Majalah-majalah ini merangkumi judul-judul majalah kesukaan ramai. Manakala untuk tujuan rujukan, majalah-majalah ‘back issue’ dijilid dan artikel majalah bagi topik-topik terpilih diletakkan di Koleksi Majalah Rujukan, Aras 2.

GAMBARAN KESELURUHAN LOKASI KOLEKSI MENGIKUT ARAS

Aras Bawah

Aras 2

Aras 1

Aras 3