“Memperkasa Budaya Ilmu Melalui Akses Maklumat Tanpa Sempadan.”

Peraturan Perpustakaan

Peraturan Umum
  1. Hanya ahli Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya yang aktif sahaja dibenarkan menggunakan semua kemudahan perpustakaan.
  2. Pengguna perpustakaan yang bukan ahli hanya dibenarkan memasuki perpustakaan untuk tujuan bacaan dan membuat rujukan terhad sahaja.
  3. Tidak dibenarkan makan dan minum (termasuk mengunyah gula-gula getah), menggunakan telefon mudah alih di dalam perpustakaan.
  4. Sebarang perbuatan mencuri bekalan elektrik untuk mengecas telefon bimbit, bateri komputer riba atau lain-lain peralatan elektrik adalah ditakrifkan satu perbuatan yang salah.
  5. Tidak dibenarkan membuat bising semasa berada di dalam perpustakaan. Telefon mudah alih dan sebarang yang berkaitan dengannya, hendaklah ditukar dalam ‘mode’ senyap/getar sebelum pengguna memasuki bangunan perpustakaan.
  6. Tidak dibenarkan merokok di kawasan premis perpustakaan.
  7. Ahli perpustakaan dikehendaki berpakaian kemas ketika berada di dalam bangunan perpustakaan. Bagi ahli yang berusia melebihi 12 tahun, mereka tidak dibenarkan berpakaian seperti berikut:
    • Baju tanpa lengan
    • Singlet
    • Gaun mini/seluar pendek (semua jenis skirt/seluar pendek di atas paras lutut)
    • Pakaian yang mempunyai tulisan atau gambar lucah serta mendedahkan bahagian tubuh tertentu dan jarang (kecuali pemakaian sari).
    • Pakaian yang koyak dan dianggap tidak kemas
    • Seluar ketat atau skirt berbelah tinggi serta apa sahaja pakaian yang mencolok mata.
    • Lelaki berambut panjang kecuali berikat kemas
  8. Tidak dibenarkan menempah tempat duduk di dalam perpustakaan. Had maksimum dibenarkan hanya 4 orang untuk satu meja dan seorang bagi setiap rang bacaan individu.
  9. Buku-buku perpustakaan tidak boleh dikeluarkan dari premis kecuali setelah melalui proses peminjaman melalui Kios Pinjaman Buku di aras bawah.
  10. Tidak dibenarkan membawa keluar buku-buku rujukan di aras 3, kecuali mendapat kebenaran daripada pegawai yang bertugas.
  11. Semua buku dan barang-barang persendirian hendaklah ditunjukkan kepada pengawal yang bertugas semasa hendak keluar dari perpustakaan atau bila-bila masa yang diarahkan berbuat demikian.
  12. Tidak dibenarkan merosakkan harta benda milik perpustakaan dan perbuatan menconteng, menggunting atau merosakkan buku, majalah, akhbar, bahan pandang dengar (audio visual) milik perpustakaan akan dikenakan tindakan tegas.
  13. Tidak dibenarkan membuat sebarang kerja tangan/kraftangan di meja pembaca.
  14. Pengguna adalah dilarang membawa masuk beg (kecuali beg tangan, beg komputer riba dan barang berharga sahaja), payung, bungkusan, topi keledar, pisau, gunting dan benda-benda tajam. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut ada disediakan di luar pintu masuk perpustakaan atas tanggungjawab sendiri.
  15. Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan barang-barang persendirian yang ditinggalkan di dalam perpustakaan.
  16. Sebarang perbuatan perbincangan berkumpulan, ‘perang mulut’ di antara ahli berjudi, mesyuarat serta berdua-duaan yang mengganggu pandangan tumpuan ahli lain adalah dilarang diadakan di perpustakaan. Pihak pengurusan berhak meminta anda meninggalkan perpustakaan tanpa keterangan daripada pihak anda.
  17. Pengguna adalah dilarang mengubah kedudukan kerusi atau meja atau sebarang perabot perpustakaan daripada kedudukan asal yang telah ditetapkan perpustakaan.
  18. Semua ahli diingatkan supaya memulangkan atau memperbaharui buku/bahan perpustakaan sebelum atau pada tarikh luput. Surat peringatan akan dihantar dan semua kos adalah ditanggung oleh ahli tersebut (denda lewat/kehilangan buku).
  19. Sebarang jenayah terlarang akan diambil tindakan. Semua kes yang melibatkan kecurian, keahlian akan digantung selama tempoh tertentu dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan perpustakaan. Langkah yang akan diambil adalah:
    1. Jika anda seorang pelajar atau individu yang bekerja:
      • Laporan dihantar ke pihak sekolah/organisasi
      • Laporan akan dihantar kepada keluarga anda (rumah)
      • Membuat laporan polis
    2. Denda akan dikenakan, kemudahan perpustakaan dan keahlian akan digantung atau tidak lagi dibenarkan memasuki premis perpustakaan jika didapati mengulangi atau melanggar peraturan perpustakaan.
  20. Warga kerja perpustakaan dan pengawal keselamatan berhak untuk:
    a. Meminta ahli keluar dari perpustakaan jika didapati tidak berpakaian kemas atau menimbulkan sebarang kekacauan, melakukan perlakuan tidak senonoh/berdua-duaan yang boleh menimbulkan syak
    b.Mengubah/mengambil sebarang buku, fail, beg, makanan atau apa-apa sahaja barang persendirian yang ditinggalkan di atas meja
    c.Mengarahkan pengguna bukan ahli untuk keluar dari perpustakaan pada bila-bila masa jika difikirkan perlu
  21. Semua ahli perpustakaan dibenarkan membawa masuk dan menggunakan komputer riba di dalam perpustakaan dengan syarat tertentu yang telah ditetapkan.
  22. Ruang tempat letak kereta dikhaskan untuk pengguna perpustakaan sahaja.
Edit Template