“Memperkasa Budaya Ilmu Melalui Akses Maklumat Tanpa Sempadan.”

Pembaharuan Dalam Talian

Pembaharuan Pinjaman Melalui Telefon

Tidak dapat hadir ke perpustakaan? Perbaharui pinjaman buku anda melalui telefon.
Hubungi kami melalui talian 03-77810411.

Syarat-syarat :

  1. Bahan yang ingin diperbaharui tempoh pinjaman mestilah belum melepasi tarikh pulang due date yang ditetapkan.
  2. Pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap peminjaman sama ada melalui telefon atau secara online.
  3. Waktu untuk pembaharuan melalui telefon adalah seperti berikut:
    -Isnin – Khamis (10.00 pagi – 1.00 tengah hari/2.00 petang – 5.00 petang)
    -Jumaat (10.00 pagi – 12.00 tengah hari/2.45 petang – 5.00 petang)
    -Sabtu, Ahad dan cuti umum tutup.
  4. Sila berikan nombor kad pengenalan dan nombor akses bagi setiap bahan yang ingin diperbaharui pinjamannya.
  5. Sila dapatkan nama pegawai yang mengambil pembaharuan bahan tersebut dan dapatkan juga tarikh baru pemulangan.
  6. Adalah diingatkan bahawa buku-buku yang telah ditempah oleh ahli yang lain tidak boleh diperbaharui tarikh pemulangan.

Pembaharuan Pinjaman Secara Dalam

  1. Log masuk pengguna ke laman https://www.mbpjlibrary.gov.my
  2. Sila buka “ON LOAN ITEMS” dibawah menu “Komponen Ilmu“.
  3. Pilih bahan untuk diperbaharui dan klik butang “Renew“. Hanya bahan/kad ahli perpustakaan yang belum tamat tempoh pinjaman sahaja boleh diperbaharui.
  4. Tempoh keahlian yang kurang dari 4 minggu tidak boleh membuat pembaharuan bahan perpustakaan.
  5. Sila pastikan transaksi berjaya dan rekodkan tarikh pemulangan bahan yang baru.