Kemudahan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
KEMUDAHAN DI PKPJ
Dewan Ilmu
Untuk kegunaan majlis-majlis atau program berbentuk keilmuan. Dewan ini juga boleh disewa oleh organisasi luar yang berminat.
Kadar sewaan
| BIL | TEMPAT | KAPASITI | MASA | HARGA |
| 1 | Dewan ILMU | 200 orang | 6-8 jam | RM1000.00/sesi *tidak termasuk SST 6% |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Mohamad Khairul di talian 03-77812775 samb.90
Bilik Ceramah Bunga Kenanga
Lengkap dengan peralatan multimedia. Bilik ini boleh memuatkan seramai 50 orang juga boleh disewa oleh organisasi luar yang berminat.
Kadar sewaan
| BIL. | TEMPAT | KAPASITI | MASA | HARGA |
| 1. | Bunga Kenanga | 50 orang | 4-6 jam | RM250.00/sesi *tidak termasuk SST 6% |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Mohamad Khairul di talian 03-77812775 samb.90
Surau
Surau lelaki adalah di tingkat 1 manakala surau perempuan di tingkat 2.
Permainan Board Games
Perpustakaan turut menyediakan pelbagai jenis board games untuk pengguna. Antara permainan yang disediakan ialah dam, catur, snake and ladder, saidina, carrom, congkak, batu seremban dan sebagainya. Kesemua permainan ini boleh diperolehi dari Kaunter Sirkulasi di aras G.
Terminal Pinjaman Layar Diri Selfcheck
Terminal pinjaman layan diri menggunakan My Kad/My Kid. Pinjaman boleh dilakukan sendiri dengan pantas oleh pengguna menggunakan mesin ini.
Book Drop
Pemulangan buku secara layan diri yang disediakan kepada pengguna yang boleh diakses selepas waktu perkhidmatan.
Wifi
Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya menyediakan kemudahan wifi percuma kepada ahli & pengunjung.
Kafeteria
Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya juga turut menyediakan kemudahan kafeteria kepada pengunjung.