Koleksi Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Koleksi Buku Pinjaman
Koleksi pinjaman diletakkan berasingan mengikut kategori dewasa dan kanak-kanak. Ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu buku fiksyen dan buku bukan fiksyen. Buku-buku fiksyen disusun mengikut susunan abjad pengarang dan diasingkan mengikut pengkelasan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Buku bukan fiksyen pula disusun mengikut nombor pengkelasan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC). Koleksi pinjaman boleh didapati di Perpustakaan Bayan Budiman, Aras Satu dan Aras Dua.
Koleksi Buku Rujukan
Perpustakaan mempunyai koleksi rujukan dalam pelbagai bidang perkara. Koleksi yang terdapat di sini adalah :
- Koleksi Ensiklopedia dan kamus
- Koleksi Malaysiana
- Rujukan Am/Pentadbiran dan pengurusan
- Koleksi Ulangkaji peperiksaan
- Koleksi Perdana Menteri
- Koleksi Braille
- Koleksi Buku Akta
Koleksi Multimedia
Bahan koleksi multimedia adalah seperti cakera padat, VCD, DVD dan blueray dalam pelbagai tajuk perkara seperti pendidikan, motivasi, kuliah agama, dokumentari, alam sekitar, muzik dan sebagainya.
Koleksi Akhbar dan Majalah
Perpustakaan melanggani 13 jenis akhbar harian untuk pembacaan ahli. Perkhidmatan keratan akhbar bagi topik-topik terpilih (isu semasa) juga disediakan di aras 3. Terdapat lebih 17 judul majalah dalam dan luar negara. Majalah-majalah ini merangkumi judul-judul majalah kesukaan ramai. Manakala untuk tujuan rujukan, majalah-majalah ‘back issue’ dijilid dan artikel majalah bagi topik-topik terpilih diletakkan di Koleksi Majalah Rujukan, Aras 2.
GAMBARAN KESELURUHAN LOKASI KOLEKSI MENGIKUT ARAS
Aras Bawah
- Koleksi Buku Kanak-Kanak
- Koleksi Rujukan Ulangkaji Peperiksaan UPSR
- Koleksi Ensiklopedia Kanak-Kanak
Aras 2
- Koleksi DDC 600-999
- Koleksi Majalah Terkini
- Koleksi Artikel Majalah Rujukan
- Koleksi Rujukan Ulangkaji
- Peperiksaan PT3, SPM, STPM
- Koleksi Ensiklopedia dan Malaysiana
- Koleksi Peta
Aras 1
- Koleksi DDC 001-599
- Koleksi Fiksyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Koleksi Laluan Siber
Aras 3
- Koleksi Rujukan DDC 001-999
- Koleksi Multimedia
- Koleksi Kertas Seminar
- Koleksi Perdana Menteri
- Koleksi Akhbar Harian
- Koleksi Keratan Akhbar Terpilih
- Koleksi Braille