Peraturan Perpustakaan
Peraturan Umum
- Hanya ahli Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya yang aktif sahaja dibenarkan menggunakan semua kemudahan perpustakaan.
- Pengguna perpustakaan yang bukan ahli hanya dibenarkan memasuki perpustakaan untuk tujuan bacaan dan membuat rujukan terhad sahaja.
- Tidak dibenarkan makan dan minum (termasuk mengunyah gula-gula getah), menggunakan telefon mudah alih di dalam perpustakaan.
- Sebarang perbuatan mencuri bekalan elektrik untuk mengecas telefon bimbit, bateri komputer riba atau lain-lain peralatan elektrik adalah ditakrifkan satu perbuatan yang salah.
- Tidak dibenarkan membuat bising semasa berada di dalam perpustakaan. Telefon mudah alih dan sebarang yang berkaitan dengannya, hendaklah ditukar dalam ‘mode’ senyap/getar sebelum pengguna memasuki bangunan perpustakaan.
- Tidak dibenarkan merokok di kawasan premis perpustakaan.
- Ahli perpustakaan dikehendaki berpakaian kemas ketika berada di dalam bangunan perpustakaan. Bagi ahli yang berusia melebihi 12 tahun, mereka tidak dibenarkan berpakaian seperti berikut:
- Baju tanpa lengan
- Singlet
- Gaun mini/seluar pendek (semua jenis skirt/seluar pendek di atas paras lutut)
- Pakaian yang mempunyai tulisan atau gambar lucah serta mendedahkan bahagian tubuh tertentu dan jarang (kecuali pemakaian sari).
- Pakaian yang koyak dan dianggap tidak kemas
- Seluar ketat atau skirt berbelah tinggi serta apa sahaja pakaian yang mencolok mata.
- Lelaki berambut panjang kecuali berikat kemas
- Tidak dibenarkan menempah tempat duduk di dalam perpustakaan. Had maksimum dibenarkan hanya 4 orang untuk satu meja dan seorang bagi setiap rang bacaan individu.
- Buku-buku perpustakaan tidak boleh dikeluarkan dari premis kecuali setelah melalui proses peminjaman melalui Kios Pinjaman Buku di aras bawah.
- Tidak dibenarkan membawa keluar buku-buku rujukan di aras 3, kecuali mendapat kebenaran daripada pegawai yang bertugas.
- Semua buku dan barang-barang persendirian hendaklah ditunjukkan kepada pengawal yang bertugas semasa hendak keluar dari perpustakaan atau bila-bila masa yang diarahkan berbuat demikian.
- Tidak dibenarkan merosakkan harta benda milik perpustakaan dan perbuatan menconteng, menggunting atau merosakkan buku, majalah, akhbar, bahan pandang dengar (audio visual) milik perpustakaan akan dikenakan tindakan tegas.
- Tidak dibenarkan membuat sebarang kerja tangan/kraftangan di meja pembaca.
- Pengguna adalah dilarang membawa masuk beg (kecuali beg tangan, beg komputer riba dan barang berharga sahaja), payung, bungkusan, topi keledar, pisau, gunting dan benda-benda tajam. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut ada disediakan di luar pintu masuk perpustakaan atas tanggungjawab sendiri.
- Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan barang-barang persendirian yang ditinggalkan di dalam perpustakaan.
- Sebarang perbuatan perbincangan berkumpulan, ‘perang mulut’ di antara ahli berjudi, mesyuarat serta berdua-duaan yang mengganggu pandangan tumpuan ahli lain adalah dilarang diadakan di perpustakaan. Pihak pengurusan berhak meminta anda meninggalkan perpustakaan tanpa keterangan daripada pihak anda.
- Pengguna adalah dilarang mengubah kedudukan kerusi atau meja atau sebarang perabot perpustakaan daripada kedudukan asal yang telah ditetapkan perpustakaan.
- Semua ahli diingatkan supaya memulangkan atau memperbaharui buku/bahan perpustakaan sebelum atau pada tarikh luput. Surat peringatan akan dihantar dan semua kos adalah ditanggung oleh ahli tersebut (denda lewat/kehilangan buku).
- Sebarang jenayah terlarang akan diambil tindakan. Semua kes yang melibatkan kecurian, keahlian akan digantung selama tempoh tertentu dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan perpustakaan. Langkah yang akan diambil adalah:
- Jika anda seorang pelajar atau individu yang bekerja:
- Laporan dihantar ke pihak sekolah/organisasi
- Laporan akan dihantar kepada keluarga anda (rumah)
- Membuat laporan polis
- Denda akan dikenakan, kemudahan perpustakaan dan keahlian akan digantung atau tidak lagi dibenarkan memasuki premis perpustakaan jika didapati mengulangi atau melanggar peraturan perpustakaan.
- Warga kerja perpustakaan dan pengawal keselamatan berhak untuk:
a. Meminta ahli keluar dari perpustakaan jika didapati tidak berpakaian kemas atau menimbulkan sebarang kekacauan, melakukan perlakuan tidak senonoh/berdua-duaan yang boleh menimbulkan syak
b.Mengubah/mengambil sebarang buku, fail, beg, makanan atau apa-apa sahaja barang persendirian yang ditinggalkan di atas meja
c.Mengarahkan pengguna bukan ahli untuk keluar dari perpustakaan pada bila-bila masa jika difikirkan perlu- Semua ahli perpustakaan dibenarkan membawa masuk dan menggunakan komputer riba di dalam perpustakaan dengan syarat tertentu yang telah ditetapkan.
- Ruang tempat letak kereta dikhaskan untuk pengguna perpustakaan sahaja.
Maklumat Terkini
- All Post
- E-Readers
- Technology
- Uncategorized