KOLEKSI
KOLEKSI PKPJ
-
KOLEKSI BUKU PINJAMAN
Koleksi pinjaman diletakkan berasingan mengikut kategori dewasa dan kanak-kanak. Ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu buku fiksyen dan buku bukan fiksyen. Buku-buku fiksyen disusun mengikut susunan abjad pengarang dan diasingkan mengikut pengkelasan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Buku bukan fiksyen pula disusun mengikut nombor pengkelasan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC). Koleksi pinjaman boleh didapati di Perpustakaan kanak-kanak, Aras Satu dan Aras Dua.
KOLEKSI BUKU RUJUKAN
Perpustakaan mempunyai koleksi rujukan dalam pelbagai bidang perkara. Koleksi yang terdapat di sini adalah :
- Koleksi Ensiklopedia dan kamus
- Koleksi Malaysiana
- Rujukan Am/Pentadbiran dan pengurusan
- Koleksi Ulangkaji peperiksaan untuk calon-calon UPSR, PT3, SPM dan STPM
- Koleksi Kertas Seminar dan Bengkel
- Koleksi Perdana Menteri
KOLEKSI MULTIMEDIA
Tergolong di bawah kategori ini adalah bahan-bahan seperti cakera padat, VCD, DVD dan Blueray dalam pelbagai tajuk perkara seperti pendidikan, motivasi, kuliah agama, dokumentari, alam sekitar, muzik dan sebagainya.
KOLEKSI AKHBAR DAN MAJALAH
Perpustakaan melanggani 15 jenis akhbar harian untuk pembacaan ahli. Perkhidmatan keratan akhbar bagi topik-topik terpilih (isu semasa) juga disediakan di aras 3. Terdapat lebih 40 judul majalah dalam dan luar negara. Majalah-majalah ini merangkumi judul-judul majalah kesukaan ramai. Manakala untuk tujuan rujukan, majalah-majalah 'back issue' dijilid dan artikel majalah bagi topik-topik terpilih diletakkan di Koleksi Majalah Rujukan, Aras 2.
GAMBARAN KESELURUHAN LOKASI KOLEKSI MENGIKUT ARAS
ARAS BAWAH |
|
ARAS 1 |
|
ARAS 2 |
|
ARAS 3 |
|