PEMBAHARUAN ATAS TALIAN
PEMBAHARUAN PINJAMAN MELALUI TELEFON
Tidak dapat hadir ke perpustakaan? Perbaharui pinjaman buku atau bahan av anda melalui telefon.
Hubungi kami di talian 03 - 7781 0411.
Syarat-syarat :
- Bahan yang ingin diperbaharui tempoh pinjaman mestilah belum melepasi tarikh pulang(due date) yang ditetapkan.
- Pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap peminjaman sama ada melalui telefon atau secara online .
- Waktu untuk pembaharuan melalui telefon adalah seperti berikut:
Isnin - Khamis (10.00 pagi - 1.00 tgh hari & 2.00 petang - 5.00 petang)
Jumaat (10.00 pagi - 12.00 tgh hari & 2.45 petang - 5.00 petang)
Sabtu, Ahad dan cuti umum tutup. - Sila berikan No.Kad dan No.akses bagi setiap bahan yang ingin diperbaharui pinjamannya.
- Sila dapatkan nama pegawai yang mengambil pembaharuan bahan tersebut dan dapatkan juga Tarikh Baru Pemulangan.
- Adalah diingatkan bahawa buku-buku yang telah ditempah oleh ahli yang lain tidak boleh diperbaharui tarikh pemulangan.
PEMBAHARUAN PINJAMAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
- Login Ilmu ke laman web perpustakaan PKPJ.
- Sila buka "ON LOAN ITEMS" dibawah menu "Komponen Ilmu".
- Pilih bahan untuk direnew dan klik butang "RENEW". Hanya bahan/kad ahli perpustakaan yang belum tamat tempoh pinjaman sahaja boleh diperbaharui.
- Tempoh keahlian yang kurang dari 3 minggu tidak boleh membuat pembaharuan bahan perpustakaan.
- Sila pastikan transaksi berjaya dan rekodkan tarikh pemulangan bahan yang baru.