PENGENALAN
SEJARAH PERPUSTAKAAN
PENGENALANMenyedari akan perlunya sebuah perpustakaan untuk bandar Petaling Jaya, satu persetujuan telah dicapai oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) pada ketika itu untuk menubuhkan Kelab Buku Petaling Jaya pada 28 Febuari 1987. | KELAB BUKU PETALING JAYASebuah Jawatankuasa Protem telah dilantik oleh MPPJ. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Encik Soon Siew Hoong (kini Tan Sri), seorang Ahli Majlis MPPJ ketika itu. | PERPUSTAKAAN MPPJMemandangkan pentingnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah perpustakaan maka pada 1 April 1993, MPPJ dengan rasminya mengambil alih Kelab Buku Petaling Jaya. Ia kemudian dikenali dengan nama Perpustakaan MPPJ. | CIRI UNGGUL KESELURUHAN BANGUNAN BERSIFAT MESRA PENGGUNAKemudahan untuk golongan istimewa diambil kira. Dari luar menuju ke pintu utama, kemudahan laluan ramp disediakan manakala di dalam bangunan, 2 buah lif disediakan untuk kemudahan pengguna. |