Taman Medan Cawangan Komuniti

PENGENALAN

Menyedari betapa pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya di Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mewujudkan sebuah perpustakaan cawangan di kawasan Taman Medan. Perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan Komuniti Cawangan Taman Medan (PJS4/27A) ini menyediakan pelbagai kemudahan bagi tujuan memupuk minat suka membaca di kalangan penduduk setempat khususnya di Taman Medan. Penubuhan perpustakaan ini secara tidak langsung  telah menunjukkan keprihatian MBPJ terhadap perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Untuk memberi kemudahan perkhidmatan perpustakaan serta ruang yang selesa kepada penduduk Taman Medan.
  • Untuk meningkatkan tahap gemar membaca di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan suri rumah.
  • Untuk mendedahkan kepada penduduk betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca dan meningkatkan tahap intelektual rakyat Malaysia. 

SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan ini menggunakan sistem pengurusan perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai ILMU. ILMU menyediakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) bagi tujuan pencarian bahan dalam perpustakaan. Sistem ILMU ini mempunyai rangkaian hubungan terus dengan sistem ILMU di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Ini bermakna buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan ini boleh dipulangkan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan kad ahli ini juga boleh digunakan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan begitu juga sebaliknya. 

KOLEKSI BAHAN

Perpustakaan ini menggunakan kaedah penomboran Dewey Decimal Classification (DDC) manakala bagi buku fiksyen dan kanak-kanak disusun mengikut susunan abjad pengarang. Antara koleksi bahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan adalah seperti koleksi buku kanak-kanak, buku fiksyen, koleksi buku perperiksaan, akhbar harian, majalah serta koleksi buku rujukan.

YURAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Yuran keahlian yang ditetapkan adalah sebanyak RM 11.00 seorang bagi setiap individu. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran tahunan sebanyak RM 5.00 bagi membaharui keahliannya setiap tahun.

WAKTU PERKHIDMATAN

HARI MASA
Isnin- Jumaat 9.00 am - 4.45 pm
Sabtu (Minggu Pertama Dan Ketiga )  9.00 am - 4.45 pm
Sabtu (Minggu Kedua, Keempat Dan Kelima) TUTUP
Ahad Dan Cuti Umum TUTUP

 

KUNJUNGI KAMI

Perpustakaan Komuniti Cawangan Taman Medan (PJS 4/27A)
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Taman Lindungan Jaya
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-77811484