KEAHLIAN
Keahlian perpustakaan terbuka kepada semua penduduk, khasnya komuniti Petaling Jaya, seawal bayi dan ke atas. Keahlian adalah berbentuk perseorangan. Tarikh keahlian adalah berdasarkan kiraan secara tahunan. Setiap individu hanya layak mendaftar sekali sahaja sebagai ahli. Jenis keahlian adalah seperti berikut:
Jenis Keahlian | Pendaftaran Baru | Pembaharuan Ahli |
Ahli Biasa | RM31.00 | RM15.00 |
Ahli Seumur Hidup | RM300.00 | Tiada |
Warga Emas / Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM15.00 | RM10.00 |
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
Warganegara Malaysia
Perlu menunjukkan akuan bukti sama ada surat beranak / Mykid (bawah 12 tahun) atau kad pengenalan bagi orang dewasa.
Warganegara Asing
- Menujukkan akuan bukti identiti diri iaitu pasport asal.
- Menyertakan salinan pasport dan salinan kad pengenalan penjamin seorang warganegara Malaysia (penduduk Lembah Klang / Selangor).
- Pengesahan alamat tempat tinggal tetap melalui bil-bil elektrik / air / cukai taksiran.